Saturday, June 9, 2012

Beza Hutang Kerajaan dan Hutang Negara


Selalu bila kita bercakap tentang hutang negara , apa yang terlintas dalam kepala ialah hutang yang ditanggung oleh kerajaan yang memerintah. Melalui beberapa rujukan , sebenarnya hutang negara terbahagi kepada 3 komponen iaitu ;

i. Hutang sektor awam
ii.Hutang sektor swasta
iii. Hutang jangka pendek

Hutang sektor awam pulak terbahagi lagi kepada 2 bahagian iaitu ;

i. Hutang kerajaan pusat
ii. PABK (Perusahaan Awam Bukan Kerajaan cth , TNB , Telekom etc)

Jadi hutang yang benar2 ditanggung oleh kerajaan persekutuan ialah dibawah kumpulan hutang sektor awam dan bukan jumlah keseluruhan hutang-hutang yang dinyatakan di atas. (Rujuk jadual di bawah)


Ramai rakyat yang terpengaruh dengan 'spin' pemimpin Pakatan yang cuba menggambarkan jumlah hutang negara ialah jumlah hutang yang perlu ditanggung oleh kerajaan memerintah .Hakikatnya hutang kerajaan persekutuan dan hutang negara adalah dua perkara yang berbeza . Hutang kerajaan persekutuan ialah sub-set bagi hutang negara dan perlu juga diingatkan peratusan hutang dalam negara di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding luar negara. 

Di laman2 facebook sekarang banyak dimainkan gambar dibawah iaitu semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan , hutang negara adalah yang paling sikit , tetapi adakah mereka sedar pada zaman Anwar juga kemelesetan ekonomi berlaku secara besar-besaran di Malaysia hingga mengakibatkan banyak syarikat gulung tikar ?  Jelas gambarajah yang dimainkan dibawah ini tak membandingkan 'Apple to Apple' . Pelbagai faktor harus diambilkira seperti jumlah penduduk pada masa itu , pembangunan, kemajuan dari segi teknologi, pertumbuhan syarikat2 baru dan sebagainya . Seperti yang kita tahu jumlah penduduk Malaysia 10 tahun lepas tak sama dengan hari ini . 


Analogi mudah dengan menggunakan sebuah pulau kecil sebagai sebuah negara . Katakan pada 10 tahun lepas pulau ini didiami oleh 50 orang dan setiap seorang mempunyai hutang RM 10 . Jadi hutang terkumpul untuk pulau itu ialah RM 500 . Selepas 10 tahun ada 200 orang di pulau itu , dengan menganggap masing2 mempunyai hutang RM10 , maka hutang terkumpul sudah jadi RM 2000 !  Jadi tak mustahil seiring dengan pertumbuhan penduduk, kepesatan pembangunan, dan perjalanan ekonomi yang rancak hutang negara akan meningkat . Dan yang penting adakah hutang negara itu mampu dibiayai oleh jumlah aset /simpanan yang ada? 

Dalam kes Malaysia , rizab bank negara menunjukkan kita masih mampu . Hal ini aku dah ceritakan melalui posting disini . Peratus hutang negara berbanding KDNK yang tinggi selalu digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan gaya pemerintahan kerajaan BN , tetapi adakah mereka dah buat cross check dengan negara2 maju yang lain dengan peratus hutang berbanding KDNK ini ? Contoh paling dekat Singapore..walaupun peratus hutang berbanding KDNK Singapore tinggi, adakah ekonomi Singapore merudum??

10 comments:

Singapore? adakah anda seorang ahli ekonomi? saya sebagai seorang pelajar sarjana ekonomi juga muak dengan hujah anda yang longgar.

Cakap banyak x guna bro...guna akal sebelum wat berita tentang ekonomi...bukan guna kepala lutut lihat sini http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=2756

giler la jumlah hutang negara meningkat 4 kali ganda dlm masa 13 tahun lebih ? masa anwar jd menteri kewangan selama 8 tahun camner hutang negara time tu cam maintain jer? ko ckap ada tambahan penduduk tp apsal time anwar jd menteri kewangan xde tambahan hutang? ha sila jawab.....mmg la skarang nie malaysia mampu lg tp cube menjelang wawasan 2020 nanti silap2 da jadi tanah usa pulak.....

adoiiii.. cuba lagi bro!! tingkatkan ilmu dulu sebelum buat posting cmni..kenaikan setiap tahun bkn sedikit..puluhan bilion naik setiap tahun..sekiranya sistem pengurusan BN sgt bagus dgn kekuatan ekonomi yg semakin mampan, kenapa hutang negara tetap meningkat?

Bodoh punya posting,igt zaman dulu ke org percaya bulat2.skrg zaman teknologi la,maklumat depan mata,clik internet je.

Bgs lah ade pelajar ekonomi..kenpa singapore hutang 100% manakala jepun hutang 200% masih lagik tidak bangkrap??

Sebabnya hutang tersebut berlegar didalam negara dan menggunakan matawang yang sama..berbeza dengan greece, kebanyakkan hutangnya adalah hutang dengan negara luar..lagipun greece xder keupayaan untuk mmbentuk polisi sendiri kerana terikat dgn EURO, berbeza dgn Malaysia polisi dibentuk bebas oleh BNM..

puncanya? subsidi, kita terlalu byk guna subsidi sehingga budget kita deficit..

23 billion subsidi bknnya kecik... :)

yeke?tp rasanya mcm x klik pon..sbb mcm x phm apa itu hutang negara.. :)

Hutang negara terdiri daripaqda hutang domestik (internal debt) dan hutang luar negara (external debt) Ia termasuk semua hutang seperti hutang kerajaan + hutang GLC+ hutang syarikat swasta + hutang individu.

Mengikut sejarah rekod hutang Negara, kadar 53% ini bukan lah yang tertinggi. Pada
tahun 1990 hutang Negara adalah pada kadar 75.5 peratus dari KDNK. Malah dari
tahun 1983 sehingga 1991 hutang Negara tidak pernah berkurangan dari 55 peratus.
Dan kadar hutang yang terendah dicatatkan ialah pada tahun 2007 dimana hutang
Negara hanya pada kadar 41.5 peratus.

Masalah di Greece yang menjadi muflis adalah berpunca kerana sebahagian besar
hutang negaranya iaitu pada kadar 165 peratus dari KDNKnya adalah dari sumber luar
Negara di mana Bank Bank Antarabangsa yang memberikan hutang menuntut supaya
hutang mereka dibayar balik mengikut tempoh yang di tetapkan. Kerajaan Greece tidak
boleh membayar hutang mereka dengan mengunakan matawang asli mereka iaitu
Drachma kerana setelah menjadi ahli Kesatuan Eropah EU matawang aslinya telah di
hapuskan dan diganti dengan matawang Euro dan Bank Pusat Greece tidak boleh mengeluarkan matawang Euro sewenangnya. Yang pasti Malaysia tidak akan menerima nasib yang sama seperti Greece kerana hutang luar Negara kita yang kecil.

Sebagai perbandingan hutang dalam Negara Jepun adalah pada kadar 230 peratus dari
KDNKnya. Manakala jiran ‘kaya’ kita diseberang tambak Johor, iaitu Singapura pada
kadar 118 peratus dan tidak pernah berkurangan dari kadar 70 peratus sejak tahun
1970. Dan sebagaimana Malaysia sebahagian besar dari hutang tersebut juga digunakan
untuk tujuan ransangan fiskal bagi memastikan ekonomi mereka kekal rancak. Fakta
fakta di atas dapat membuktikan pembangkang berbohong.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu