Sunday, May 6, 2012

Walaupun kantoi , Saifuddin Nasution tetap berkeras...

Pada 27hb April 2012 , portal media Harakah melaporkan kenyataan Saifuddin Nasution yang mengaitkan pembabitan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bahawa mereka adalah ahli UMNO . Pengerusi SPR , Tan Sri Abdul Aziz dikatakan menjadi ahli UMNO di bahagian Ampang manakala Wan Ahmad pula di bahagian Pasir Mas .  Dalam portal media berkenaan PKR nampak sudah berani menggunakan isu sumpah, walhal selama ini mereka juga lah yang berkata sumpah itu tak perlu ? Kenapa spin 180 degree pulak?


Pada hari ini, portal online KLPost melaporkan tuduhan Saifuddin kepada Timbalan Pengerusi SPR adalah tidak benar. Ini dibuktikan oleh individu yang mempunyai nama serupa dengan Timbalan Pergerusi SPR itu . Saifuddin dikatakan mencilok maklumat individu yang bernama Wan Ahmad Wan Omar ini yang juga merupakan ahli UMNO bahagian Pasir Mas untuk merekayasa fitnah kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar. (sumber


Walau bagaimanapun, portal media balachi tegar Pakatan (Malaysian Insider) dengan segera membuat 'counter' dengan mengeluarkan kenyataan Saifuddin iaitu .. 'walaupun ada sedikit kesilapan teknikal, tidak bermakna Datuk Wan Ahmad Wan Omar bukan ahli UMNO' . Tindakan 'damage control' oleh Malaysian Insider terhadap Saifuddin memperlihatkan kebodohan diri sendiri dengan jelas , kenyataan beliau untuk tetap dengan tanggapan awal walaupun telah kantoi beserta dengan bukti kukuh sebenarnya menampakkan sikap bodoh sombong yang amat ketara ada pada seorang pemimpin Pakatan.

1 comments:

yang menuduh sepatutnya buktikan tuduhan dia dan bukan sebaliknya.huru hara negara kalau dapat pemimpin macam ni...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu