Saturday, May 5, 2012

Video Senator Australia yang menyibuk semasa demonstrasi Bersih 3.0

Cerita Bersih 3.0 lagi ... video ni aku terlupa nak keluarkan dek beberapa insiden 'panas' yang aku rasakan patut diberi lebih perhatian. Seperti yang pernah aku tulis dalam 'posting' yang lepas , pihak Pakatan telah menjemput beberapa orang kumpulan pemerhati antarabangsa kononnya untuk memberikan tekanan pada Putrajaya dalam melaksanakan pilihanraya yang 'bersih' . (sumber) .


Semasa perhimpunan Bersih 3.0 tempohari , bertempat di Bar Council , salah seoarang 'pemerhati antarabangsa' itu datang untuk meramaikan majlis . Beliau yang aku maksudkan ialah Nicholos Xenophon , seorang Senator dari Australia yang memperjuangkan perkahwinan sesama jenis dan beliau juga adalah orang yang sama terlibat dalam kempen memboikot minyak sawit dari Malaysia.


Salah seorang pemimpin pembangkang yang aku tak berapa kenal telah bercakap dengan polis yang berkawal untuk membenarkan si 'pemerhati antarabangsa' ini menyeberang kawasan yang telah ditutup dengan 'barb wire' .  Tujuannya ialah untuk membolehkan si 'pemerhati antarabangsa' ini memantau perhimpunan Bersih 3.0 dari sebelah bahagian polis yang sedang berkawal . Sebenarnya, aku benar2 tak faham motifnya untuk memantau dari sebelah kawasan polis ? Banyak bangunan tinggi di sekitar , dia boleh pilih mana2 satu bangunan dan pantau dari atas , tentu lebih jelas kan?

Apa pun aku respek dengan tindakan polis yang tak melayan 'trick' murahan pecacai Pakatan ini. Amnesty International pun tak sibuk buat permintaaan macam tu, apa pulak lebihnya seorang senator dari Australia untuk buat permintaan pelik macam tu? Hairan bin ajaib , ramai pulak orang asing yang sibuk nak mengambil tahu hal ehwal dalaman Malaysia. Kalau sesiapa yang pergi pehimpunan itu tentu perasan beberapa orang mat saleh pakai baju Bersih 3.0 ! Entah lah apa yang membuatkan mereka berminat sangat dengan negara ini . Yang pastinya, kehadiran warga asing dalam Bersih 3.0 seolah-olah cuba menunjukkan kepada umum terutamanya rakyat negara ini bahawa perhimpunan Bersih 3.0 ini mendapat restu masyarakat antarabangsa . Porahhhhh !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu