Thursday, May 10, 2012

Tol Grand Saga, Sprint dan KESAS bakal dimansuh ?



Sempena demonstrasi yang akan dianjurkan oleh AMK pada 13 May 2012 , mari kita sama-sama bertafakur dan berfikir sebentar kenapa AMK beria-ia nak memansuhkan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau . Alasan mereka kononnya ia sebagai permulaan untuk mendesak pemansuhan tol seluruh negara dan pemilik konsesi dah pun mengutip pelaburan mereka kerana tol dah beroperasi lebih 20 tahun ... ok , gua boleh terima alasan ni TETAPI seperti saranan aku dalam 'entry' blog yang lepas (sumber) , mohon AMK mendesak kerajaan Selangor memberi contoh dengan memansuhkan tol di Grand Saga, Sprint dan KESAS .


Kerajaan Selangor mempunyai kepentingan bagi ketiga-tiga plaza tol ini apabila anak2 syarikat kerajaan negeri ada memegang saham di Tol Grand Saga, Sprint dan KESAS . Cuba selidik kaitan PKNS, Menteri Besar Inc, Taliworks dan Kumpulan Peransang Selangor dengan ketiga-tiga plaza tol di atas . Oleh itu saranan aku , elok lah AMK serta balachi2 Pakatan yang lain terlebih dahulu mendesak kerajaan Selangor memansuhkan tol2 dimana mereka mempunyai kepentingan . Jangan 'double standard' beb , masa tahun 2008  masa Selangor diperintah BN ... muka2 yang sama ni lah menuntut pemansuhan Grand Saga Highway, kononnya untuk jadi juara rakyat , sekarang dah pegang kuasa .. buat2 lupa pulak ? Prftttt ...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor