Thursday, May 17, 2012

Tiada istilah 'kasta' dalam perang media sosial !



Aku sebagai seorang blogger yang agak fresh terpanggil untuk membuat komen sikit dengan situasi yang agak 'hot' kebelakangan ni di kalangan blogger2 pro-BN . Seikhlasnya aku mula ber 'blog' untuk menjawab isu2 yang agak teknikal yang dibangkitkan oleh puak2 PR kerana aku dapati tak ramai blogger2 yang sedia ada mengupas isu2 teknikal yang di spin oleh puak2 PR . Semasa mula berblog aku tak terfikir langsung dikalangan sesetengah blogger pro-BN meletakkan diri mereka dalam kasta2 tertentu .

Aku mula tahu tentang perkara ini bila mula bertemu dengan beberapa orang blogger termasuk Papagomo yang menceritakan hal yang berlaku terutama semasa membuat 'coverage' di beberapa pilihanraya kecil. Blogger yang bukan di bawah naungan UMB disisihkan. Sebagai seorang blogger yang baru, sebenarnya aku berasa agak terkilan sekiranya perkara ini benar2 berlaku. Apa bezanya blogger UMB dan jalanan/ 'nyamuk' sekiranya matlamat perjuangan adalah serupa . Apa salahnya sekiranya blogger2 UMB yang ada 'kelebihan' ini bergerak dan bersama-sama mengembeling tenaga.

Sebagai blogger bebas, aku tak terikat dengan 'apa yang perlu ditulis' dan 'apa yang tak patut ditulis' . Aku menulis berdasarkan fakta , analisis data, dan yang paling penting sekali apa yang aku percaya. Aku mula menulis 'blog' bukan sebab nak glamer dan bukan sebab nak kejar 'ranking' .  Aku cuma nak menyampaikan pada masyarakat bahasa 'teknikal' yang mudah difahami oleh semua lapisan . Contohnya bila bercerita pasal ETP, GNI, GDP etc.. tak ramai yang faham dan tugas aku ialah untuk mempermudahkan orang yang membaca faham. Aku sedar kalau tak ramai 'visitor' usaha ni tak sampai pada masyarakat dan aku amat2 berterima kasih kepada sahabat2 blogger yang 'otai' macam Papagomo , Parpukari, AAKJ , Dr.Novandri, dan lain2 tu kerana sudi meletakkan link blog aku.

Isu blogger UMB menghentam Papagomo bermula bila artikel Papagomo menegur UMB untuk mengubah pendekatan mereka dalam perang maya apabila video youtube 'Bangkang dari Longkang' mula disiarkan. Semasa mula2 menonton video youtube itu setelah dihebahkan melalui blogger Parpukari , aku perasan ada terlalu banyak 'dislike' berbanding 'like' . Jadi aku mengambil inisiatif untuk meningkatkan 'like' video youtube Bangkang dari Longkang itu dengan menulis entry promo pada 12/5 untuk meningkatkan bilangan 'like' . Bayangkan video yang agak besak impaknya yang diupload pada 10/5 hanya disedari kewujudan oleh blogger pro-BN pada 12/5 .

Minta maaf aku katakan sepatutnya pemantauan untuk video serupa ini harus dilakukan oleh pihak yang dibayar untuk melakukannya. Jentera cyber tak terhad kepada blogger sahaja, jentera cyber pada aku seharusnya merangkumi ruang2 twitter, facebook, youtube, forum, mirc, instagram, malah permainan video online ! Apa yang ditegur oleh Papagomo tidak salah , usaha2 seharusnya juga ditumpukan pada elemen2 lain dalam dunia maya dan tidak hanya terhad pada blog. Cukuplah dengan budaya cantas mencantas, dan sentiasalah merendah diri, no one above the others and pleaseeee stop brag about your blog ranking. Antara blogger yang aku hormati ialah SatD (http://satdthinks.blogspot.com/) dan ranking Alexa blog beliau ialah dekat sejuta lebih, tapi gaya penulisan dan fakta yang beliau keluarkan memang mantap !

Sesekali kita perlu belajar dari jentera cyber di sebelah sana, kita tahu mereka dibayar dan kordinasi mereka agak mantap walaupun cerita yang disebar itu fitnah, mereka masih mampu menimbulkan riak2 tsunami masa isu2 mula dibangkitkan. Mujurlah ada blogger2 tak bertuan dan berani mati yang cepat2 mematahkan ,dan disambut oleh yang lain. Aku juga harap blogger2 dan jentera maya yang dilatih oleh UMB ini menjadi lebih mantap dan efisyen . Keluar dari kepompong 'elit' dan bergerak bersama-sama dengan yang lain.

5 comments:

LU PUN MCM GUA, SUKA BLOG PURE SHIITE

terbaik... teruskan perjuangan..lu memang penulis blog yang berbakat besar

Aku sokong!! Aku perhatikan ada ramai bloggers muda UMB tak boleh ditegur. Mereka terus bertindak balas dengan menerbitkan pulak kisah peribadi orang yang menegur. Ada pulak yang memang tak suka dengan GOMO mengambil kesempatan untuk menjadi batu api. Aku sebagai pembaca melihat tulisan GOMO dari sudut positif. Diharapkan anak didik TF bersikap lebih dewasa. Grow up pls! Anyway, selamat berjuang BeDaMan...

Walaupun ada bloggers claim tak bertuan,tak peduli kat sapa2,aku punya pasallah dan 1001 mcm acronyms yg dikaitkan dgn diri masing2, aku sebagai pembaca tau itu semua untuk memenuhi alter-ego masing2.Apa yg kita lihat dan cari adalah pendapat2,isu2 yg ditulis, dikupas secara intelektual, bernas dan bersubstance. Asasnya kita pembaca BUKAN BODOH... Semakin anda menelanjangkan diri masing2,tidak lebih membodohkan kami sebagai pelayar. U assume u all buka restoran, we all customer. We know what good foods are.We will come to u as long as u al maintain your food quality, price,sincerity & honesty, above all respect to us. But if u start treating us as idiots,consuming everything rotten dished to us, even though u claim u all the best chef/blogger on the entire planet, mark me, you are heading down the gutter. Say this to APA, REFORM,TF, whoever at BOTH SIDES.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu