Monday, May 14, 2012

Sentap !!! Muslim ke-42 berpengaruh dalam dunia (2009) 'tibai' Mufti Perak

Hari ni dalam portal Malaysian Insider , Mursyidul Am PAS , Nik Aziz Nik Mat memberi amaran keras kepada Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria untuk tidak terlibat dalam politik . Pernah dinobatkan sebagai antara muslim yang berpengaruh di dunia (ranking 42) pada tahun 2009 , Nik Aziz membidas Tan Sri Harussani kerana membuat melabelkan perjuangan PAS sudah tidak selari dengan kehendak Islam.


Nik Aziz mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu menunjukkan Mufti Perak tidak memahami sejarah parti PAS , khususnya tujuan PAS ditubuhkan. Nampak Mursamdol Am sudah naik angin dan tak boleh menerima teguran seorang mufti . Takkan lah bila Mufti Perak hantam PAS terus dikatakan orang tua tu nak join politik ? Untuk makluman , bukan PAS saja kena tegur dengan Tan Sri Harussani malah UMNO pun dah pernah kena ? Masa UMNO kena bukan main suka lagi lobai2 sarban ketat ni , bila kena batang hidung sendiri mula lah melompat macam verukss .


Ok.. berbalik kepada statement Nik Aziz dalam FB (atau orang yang diamahkan Nik Aziz untuk menjaga akaun FB beliau ? ) iaitu mufti Perak itu tak faham sejarah dan tujuan PAS ditubuhkan . Aku tak nak ulas panjang pasal sejarah penubuhan PAS , boleh baca sendiri kat wikipedia (sumber) , cuma apa yang aku nak 'highlite' di sini ialah 4 tujuAN perlembagaan awal PAS iaitu ;

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Jadi kalau Nik Aziz minta Tan Sri Harussani Zakaria supaya merujuk sejarah dan tujuan penubuhan PAS, adakah 4 tujuan perlembagaan PAS selari dengan perjuangan PAS pada hari ini ?



PERTAMA: Ikatan persaudaraan Islam ini tidak wujud kerana PAS pada satu ketika dulu dengan angkuhnya menolak kesepakatan dengan UMNO malah lebih rela bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran di Selangor, natijahnya banyak pusat2 urut , kegiatan maksiat dan arak dijual berleluasa . Kemuncaknya apabila pemimpin PAS yang benar2 memperjuangkan Islam telah dipecat.


KEDUA: Hal ini tidak wujud apabila PAS mula bekerjasama dengan DAP



KETIGA: Hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam tidak dipelihara dan dipertahankan, contoh paling mudah ialah isu murtad di gereja DUMC.

KEEMPAT: PAS sebaliknya bekerjasama dengan DAP yang secara lantang menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud .

Jelas sekali sejarah penubuhan PAS tidak menggambarkan PAS pada hari ini , jadi apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz ? Adakah kenyataan di FB bertujuan mengelirukan pentaksub-pentaksub parti politik PAS ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu