Friday, May 18, 2012

Senator Australia , Xenophone akan 'melawan' sekiranya didakwa melakukan kesalahan 'menyibuk' semasa Bersih 3.0


Pada 5 May 2012 , blogger The Mole , SatD telah meng'kantoi' kan senator Australia yang menyibuk di Malaysia semasa perhimpunan Bersih 3.0 (sumber) . Menurut artikel SatD , dengan merujuk undang2 negara, adalah menjadi kesalahan kepada senator Australia berkenaan (Nicholas Xenophone) untuk bersama-sama berada dalam perhimpunan berkenaan . Memang 'confirm' Xenophone ada kat perhimpunan tu sebab aku sendiri yang ambik video tu dan pernah di post dalam artikel sebelum ni (sumber) .


Dalam artikel yang dikeluarkan oleh blogger SatD , menurut undang2 negara di bawah hak untuk menganjurkan dan menyertai perhimpunan, seseorang itu akan didapati melakukan kesalahan apabila menganjurkan atau menyertai sesuatu perhimpunan. Tujuan Xenophone datang ke Malaysia adalah sebagai pemerhati antarabangsa yang dijemput oleh Anwar Ibrahim untuk meneliti proses pilihanraya di Malaysia . Namun adakah kehadiran beliau semasa perhimpunan Bersih 3.0 boleh juga ditakrifkan sebagai pemerhati ? Bagaimana tugas beliau sebagai pemerhati untuk proses pilihanraya di Malaysia boleh tersasar sebagai pemerhati untuk demonstrasi Bersih 3.0 ? Demonstrasi Bersih 3.0 adalah 'protes' dan bukan 'proses' pilihanraya di Malaysia !

Namun hari ini di portal media pro-Pakatan mengeluarkan kenyataan Xenophone bahawa beliau akan mempertahankan diri sekiranya didakwa kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0 . Xenophone dalam temuramah melalui telefon juga dengan jelas menyebut kehadiran beliau ke Malaysia bukan sebagai wakil kerajaan Australia , tetapi hanya sebagai pemerhati bebas untuk proses pilihanraya. Seperti yang dijangka, Xenophone dalam temuramah berkata kehadiran beliau dalam demonstrasi Bersih 3.0 hanyalah sebagai pemerhati , dan berkata keadaaan menjadi kucar-kacir bila gas pemedih mata ditembak . Sepatutnya Xenophone perlu tengok video2 ditempat lain dimana keadaan menjadi tegang apabila perusuh2 demonstrasi Bersih 3.0 merobohkan pagar dan mengalihkan kawat duri.. lepas tu baru la gas pemedih mata ditembak !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu