Saturday, May 19, 2012

Satu dunia bakal tahu dokumen sulit persenjataan Malaysia ?

Nampaknya kes pembelian 2 buah kapal selam Scorpene berjaya dibawa ke mahkamah Peranchis . Kenyataan peguam dari Peranchis baru2 ini membidas Menteri Pertahanan Malaysia mengatakan individu2 yang terlibat dalam kes boleh dikenakan waran tangkap sekiranya mereka enggan bekerjasama. Waran tangkap ini akan dikuat kuasakan di Peranchis dan sekiranya ada keperluan akan dikuatkuasakan di peringkat antarabangsa. Nampaknya statement yang dibuat oleh peguam Peranchis ni menunjukkan seolah-olah Malaysia masih di bawah genggaman penjajah.


Dalam kes Scorpene apa yang cuba dibangkitkan ialah elemen2 rasuah yang dikatakan wujud semasa proses pembelian . Walau bagaimanapun, kes pembunuhan Altantuya yang kononnya cuba dikaitkan adalah hanya rencah penambah perisa oleh barua-barua Anwar Ibrahim. Sekiranya kerajaan Malaysia dan individu-individu yang dituduh terlibat bekerjasama dalam kes dan mendedahkan dokumen2 sulit pembelian kapal selam, maka secara tak langsung rahsia pertahanan negara akan terbongkar dengan kes yang dikatakan akan dibicara secara terbuka ini.

Kontrak perjanjian pembelian persenjataan ini pasti akan didedahkan, dalam kes ini adakah peguam Peranchis cuba mengatakan DCNS merasuah kerajaan Malaysia supaya membeli kapal selam Scorpene daripada syarikat itu ? Sepanjang pengalaman aku 'handle' project, client biasanya akan tengok technical spec untuk barang yang hendak di supply oleh vendor-vendor, kalau technical spec ok, dia akan tengok pulak commercial, biasanya harga yang paling rendah akan diberi tawaran , kalau pun tidak harga yang paling rendah , vendor yang membuat tawaran spesifikasi2 tambahan atau apa2 kelebihan yang lain misalnya fee untuk maintenance yang percuma untuk tempoh tertentu akan dipilih.

Apa pun aku tak boleh nak komen lebih2 selagi tak tau apa kandungan kontrak pembelian kapal selam itu . Invoice , DO dsb tak semestinya mencerminkan kandungan kontrak. Walau bagaimanapun, apabila semua ini dibongkarkan semasa perbicaraan mahkamah Peranchis nanti , pasti industri persenjataan di Peranchis akan terkena tempias sebab akan mula timbul keraguan bagi negara2 yang berpotensi untuk menjadi client , kerana dokumen2 rahsia pembelian senjata dan aset2 perang ini boleh didedah pada bila2 masa saja.

Anyway, aku agak musykil kenapa berita mengenai kes pembelian Scorpene ni tak ditunjukkan dalam akhbar2 di Peranchis ? Cuba korang Google dengan gigih kalau2 aku terlepas pandang ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu