Wednesday, May 30, 2012

RM15,000 Elaun Bulanan dari Vincent Tan kepada Azmin Ali ?

Pendedahan terbaru RPK kali ini nampaknya lebih memihak kepada BN , kalau sebelum ni pendedahan2 RPK mengenai skandal2 kerajaan dan sebagainya di sorak oleh 'balachi-balachi' PR , namun kali ni diaorang punya 'tune' sudah lari ..  Kalau tengok komen2 di Facebook, artikel berkaitan dan segalanya . Memang RPK kena hantam 'kow-kow' punya malah ada yang mengatakan RPK dah dibayar oleh BN . Inilah mentaliti puak-puak asuhan PR , bila ada saja pendedahan yang tak selari dengan aspirasi mereka , maka orang yang mendedahkan itu akan dilabel sebagai agen UMNO . Sebenarnya, pemikiran sebegini dah ditanam oleh Anwar ke dalam otak-otak 'penyembah-penyembah' beliau , nampak orang-orang PAS pun dah macam terikut-ikut dengan cara pemikiran sebegini . Mana kempen 'Free RPK' yang mereka laung-laungkan pada satu ketika dulu ? Adakah RPK hanya boleh 'bebas' berbicara mengenai keburukan BN dan bukan PR ?


RPK pada 29 May 2012 telah mendedahkan bahawa beliau menerima dokumen2 penting dari seseorang yang pernah berkhidmat di Jabatan Pencegahan Rasuah dan dokumen2 itu menunjukkan korupsi Azmin Ali dengan pemilikan harta yang berjuta-juta semasa beliau masih berkhidmat dalam kerajaan pada tahun 1995 sebagai setiausaha sulit Anwar. Menurut RPK dokumen berkenaan bukan saja bakal menjatuhkan imej Azmin Ali tapi imej Anwar Ibrahim akan turut terpalit. Salah satu pendedahan dokumen berkenaan ialah Azmin Ali menerima sebanyak RM15,000 setiap bulan dari boss Berjaya Group, Vincent Tan . Pheww..betul ke? RM15,000 di tahun 1995 banyak beb !

Penyokong-penyokong Azmin dan Anwar tak senang duduk, macam-macam soalan dikeluarkan , misalnya kenapa file diserah kepada RPK dan bukan Najib , kenapa sekarang baru nak serah dan macam2 lagi la .. Pandai pulak mereka berfikir itu dan ini sekarang , kenapa masa kes pembunuhan Altantuya soalan-soalan sebegini tak ditanya ? Amat jelas sekali pemimpin dan penyokong PR adalah manusia yang 'bias' dan 'hipokrit' . Mereka kerap mengatakan orang itu dan orang ini rasuah , skandal dan sebagainya , namun apabila terkena batang hidung sendiri , pelbagai alasan pulak dikeluarkan , fitnah dan segalanya . Kebenaran makin tersingkap sedikit demi sedikit .. Samada benar atau tidak berita-berita yang dikeluarkan RPK ,apa yang penting dah menunjukkan sikap puak2 yang menentang kerajaan BN ni . Aku pasti 'beruk-beruk' PR ni akan melompat-lompat kegembiraan semula bila RPK membuat pendedahan yang memihak kepada mereka pulak.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu