Friday, May 18, 2012

Poster 'Melayu Bodoh' dijulang oleh peserta Bersih 3.0 !

Semasa demonstrasi Bersih 3.0 , banyak elemen2 rasis yang boleh diperhatikan dari satu golongan yang selalu mengatakan orang lain rasis. Mungkin sudah terlalu lama dipendam maka demonstrasi Bersih 3.0 digunakan oleh segelintir golongan ini untuk menunjukkan sifat rasis mereka secara total . Gambar yang terbaru ini aku peroleh dari laman Facebook dan aku amat hairan kenapa orang2 lain disitu tidak menegur perlakuan kurang ajar pemuda berbangsa Cina ini !? Dalam gambar di bawah jelas sekali perkataan yang ditulis itu "Melayu Lembu" di samping lakaran2 lain.


Adakah mulut orang Melayu yang menyertai demonstrasi Bersih 3.0 pada hari itu terkunci dek hanya kerna nak mengambil hati kaum Cina yang merupakan majoriti dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada hari itu ? Perhimpunan Bersih 3.0 mempamerkan sikap kurang ajar segelintir masyarakat dengan secara terang-terangan menyinggung perasaan kaum lain. Cuba lihat video di bawah ini pula bagaimana butir2 perkataan yang amat rasis keluar dari mulut si ahso ni . Namun si ahso ni terkedu bila bahasa melayu yang dipertuturkan oleh 'mat salleh' ni lebih baik daripada beliau sendiri ... jadi siapa yang sepatutnya 'get out of this country' ?



Semasa perhimpunan Bersih 3.0 juga ada peserta dari golongan yang serupa membawa penyapu , adakah peserta sengaja nak mencetuskan provokasi secara halus , mungkin kalau ditangkap alasannya ialah penyapu ialah simbol yang kononnya untuk menyapu hal2 yang tak telus dinegara ini . Jelas sekali peserta ini tak belajar sejarah negara dimana pada satu ketika dahulu pada tahun 1969 , penyapu juga digunakan sebagai simbol untuk menyapu orang Melayu dari bandar ! Oleh itu pada golongan2 ini , henti-hentikan lah sikap menunding jari mengatakan orang lain racist tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya . 

2 comments:

Apsal Melayu PAS & PKR yg join Bersih x sensitif penghinaan spt ni?

HOT!! BUKTI RAJA NONG CHIK SALAHGUNA KUASA!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Bukan Melayu Bodoh tapi Melayu sia -Malaysia yang bodoh

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu