Wednesday, May 16, 2012

Perasmian Hari Belia Negara di Sunway Pyramid - 15 May 2012

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.


Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang diadakan di Putrajaya.



Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.



Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.








Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek ,Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu