Thursday, May 17, 2012

Pelajar tahfiz diliwat senior ! Belajar agama tinggi tapi perangai macam haramjad !

Hmm sedih bila terbaca berita terbaru berkenaan kes liwat yang melibatkan golongan-golongan yang dipandang mulia di mata masyarakat. Sebenarnya bukan semua , hanya segelintir yang menyebabkan semuanya terpalit. Ini lah segelintir yang digelar 'parasit' . Mereka bersama-sama meletakkan diri dalam kumpulan alim ulamak dan pada masa yang sama melakukan perbuatan yang sama sekali bertentangan dengan normaliti seorang alim ulamak. Kewujudan 'parasit-parasit' ini sebenarnya benar2 membimbangkan kerana mereka secara sedar atau tidak akan mempengaruhi pemikiran orang ramai. Lihat saja senario pada hari ini, kewujudan parasit2 sebegini telah mengkucar-kacirkan sebuah parti politik yang dikatakan berteraskan Islam di Malaysia.


Ok back to the story , kejadian liwat yang melibatkan pelajar sekolah menengah tahfiz ini berlaku di Mersing, Johor . Beliau dikatakan diliwat berkali-kali oleh pelajar senior pada Mac dan April yang lalu. Akibat tak tahan diperlakukan begitu , pelajar ini telah melarikan diri pada penghujung April . Sama macam kejadian yang menimpa saudara Saiful , akibat tak tahan dek keganasan nafsu serakah boss , beliau terpaksa angkat kaki dan buat laporan polis .



Hairan betul, kenapa perkara sebegini berlaku kat sekolah tahfiz yang sepatutnya mendidik pelajar2 mendalami agama ? Pada 4 Ogos 2011 , di Sungai Petani , Kedah , pelajar sekolah tahfiz yang baru berusia 9 tahun diliwat dan dipaksa melakukan seks oral pada pelajar senior yang berusia 12 tahun !Kejadian berlaku semasa minggu suai kenal yang berlangsung selama 40 hari .



Pada 11 Ogos 2011 , di Kuala Terengganu , seorang guru sekolah agama yang berusia 42 tahun dilaporkan telah meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun ! Amat menyedihkan sekali kerana perkara2 ini berlaku dalam institusi yang mengajar soal-soal keagamaan yang seharusnya menjadikan pelajar dan malah pendidik juga mempunyai perilaku yang lebih mulia . Masyarakat umumnya seharusnya menjadi lebih berhati-hati , seseorang individu itu tak boleh dinilai dengan penampilan semata-mata . Manusia boleh bercerita pasal agama, mengenai hukum itu dan ini , dan segalanya .. persoalannya adakah golongan mereka ini benar2 mengamalkan apa yang mereka pelajari ? Kalau benar mereka mengamalkan , maka perkara2 diatas tidak akan berlaku .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu