Wednesday, May 30, 2012

PAS Kelantan ketepikan isu air demi pembinaan highway bernilai RM 1.8 billion ?

Beberapa hari lepas, ada cerita pasal kerajaan Kelantan nak bina Lebuhraya Kota Bahru - Kuala Kerai sepanjang 73 km guna dana awam . Hasrat murni kerajaan Kelantan ni bukan lah aku nak persoalkan , cuma jarak 73 km guna dana awam sampai bila boleh kumpul ? Tujuan pembinaan untuk kurangkan kesesakan semasa musim perayaan dan menurunkan indeks kemalangan jalan raya . Banyak lebuh raya lain kat Malaysia ni..dia punya indeks kemalangan macam tu gak , pasal indeks kemalangan ni lebih kepada 'attitude' pemandu2 di Malaysia itu sendiri.


Projek lebuhraya tu dijangka bernilai RM1.8 billion ! Dan dijangka siap lagi 3 tahun . Soalan aku sekarang ni dana awam dah cukup ke RM 1.8 billion ? RM 1.8 billion adalah jumlah yang besar , kemampuan kerajaan negeri Kelantan untuk mengumpulkan RM 1.8 billion boleh dipersoalkan, dan sekiranya boleh adakah jumlah itu akan cukup dalam tempoh 3 tahun ? walhal projek itu dijangka siap dalam jangkamasa 3 tahun . Nik Aziz sebagai Menteri Besar mungkin boleh berdiskusi dengan pak-pak Arab di Timur Tengah untuk dana pembidaan . Malangnya sebagai salah satu elemen dalam kumpulan Pakatan Rakyat , imej Nik Aziz dah tercalar di dunia erebbb .. tambahan pula ada sorang sheikh dari majlis fatwa arab saudi buat statement pasal guna agama untuk kepentingan politik.


Kelantan juga pada satu ketika dikatakan antara negeri berpendapatan rendah di Malaysia. Dan agak menyedihkan apabila kerajaan Kelantan cuba membina sebuah lebuhraya berbanding kemudahan-kemudahan lain yang lebih penting . Misalnya loji rawatan air , kita tahu Kelantan sedang menghadapi masalah kekurangan air terawat dan krisis ini agak kritikal sekarang . Jadi adalah lebih baik kerajaan Kelantan melaksanakan projek yang lebih munasabah untuk mengatasi kekurangan air besih di negeri itu . Untuk projek lebuhraya ini, aku tertanya siapakah konsultan yang dilantik ? Majlis pecah tanah untuk pakej 1 Machang-Kuala Kerai dah dibuat , tentu kontraktor dan konsultan dah ada , walau bagaimanapun bila 'tender' untuk projek ni di buka ? Jeng jeng jeng ... tak nak speku , kita tunggu dan lihat dulu

2 comments:

Bukan tabung lebuhraya tu....nak isi tabung pilihanraya kut.Tabung memali apa dah jadi?...dah tinggal tabung saja duitnya entah ke mana tak tahu lah pulak...hehhehhhe.Semua ahli PAS bila ditanya geleng kepala saja. Tak tahu syaitan mana yang dah kebas duit tu.

nak tunggu kutip derma 1.8 billion, seratus tahun lagilah x siap lebuhraya ni...

HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu