Tuesday, May 22, 2012

Merayu kembali pada UMNO sebab Pakatan Rakyat tak sudi dengan Zamhuri ?

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pengumuman seorang ahli UMNO dari Kampar, Perak yang melaung-laungkan 'Hidup DAP' berulang kali kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim terhadap beliau kerana permohonan pasir beliau ditolak . Lebih mendukacitakan , Zamhuri yang juga merupakan ketua cawagan UMNO Changkat Tin dan Naib Ketua UMNO Kampar mengecam UMNO dan Barisan Nasional dengan mendakwa rasuah yang berlaku didalam parti adalah keterlaluan. Zamhuri juga mendakwa bahawa lebih 100 ahli dalam cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau .Perghh kalau ditengok video youtube Zamhuri tengah naik angin memang bukan main angkuh lagi manusia ni seolah-olah dah lupa jasa UMNO yang telah berbakti pada beliau selama 27 tahun !



Namun semasa pengumuman Zamhuri mahu keluar UMNO , rata-rata pengamal media sosial pro-Barisan Nasional tetap 'cool' saja , malah aku sendiri bersyukur kerana UMNO sememangnya mahu membersihkan jenis-jenis ketua cawangan sebegini dari parti . Teringat aku ucapan Tun Dr. Mahathir mengenai kewujudan spesis-spesis ketua cawangan sebegini yang merosakkan parti UMNO itu sendiri . Dr. Mahathir berkata UMNO akan dipenuhi dengan orang2 yang bodoh kerana sikap sesetengah ketua cawangan yang menolak kemasukan orang yang berpendidikan tinggi dalam cawangan mereka , motifnya kerana takut dicantas. Bila dicantas , takde jawatan.. dan bagi mereka segala-galanya akan sukar selepas itu .


Secara peribadi aku berpendapat , samada DAP, PKR dan PAS sendiri tidak akan menerima orang sebegini ke dalam parti mereka disebabkan tak mahu 'langau-langau' yang pernah menghurungi UMNO pada satu ketika cuba menghurungi mereka pula . Dan video youtube Zamhuri mengamuk itu sendiri menunjukkan betapa dia 'frust' sebab permohonan pasir tak diluluskan ? Adakah hanya kerana dia ketua cawangan UMNO maka dia berasakan diri patut diberi keistimewaan ? DAP, PKR dan PAS melihat video ini dan sekiranya mereka berfikir secara rasional , tentu mana-mana parti ini tak akan sanggup mengambil risiko untuk mendukung biawak hidup sebegini. 


Mungkin senario ini telah sampai pada pengetahuan Zamhuri maka , 'press conference' yang dilakukan beliau semalam (21/5/2012) adalah bagi mendapatkan semula 'payung' yang dibuang, dicaci maki dan dipijak beberapa hari sebelum itu . Begitu cepat berubah fikiran ?Sekiranya dimaafkan maka tidak mustahil akan berlaku senario yang sama lagi . Walau betul-betul ikhlas biarlah segala jawatan dilepaskan dan sekadar menjadi biasa sahaja . Hukum tetap hukum ! Pada hari Zamhuri naik angin , beliau telah berkata “Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang" dan
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” . Tapi sekarang apa sudah jadi ? Pakatan Rakyat pun tak sudi agaknya ?

3 comments:

hahahahahahhahahahahhahahahah sapa laaa nak ambik sapi 7o kati ni...kalau fuckatan nak buat lauk bagi hidangan UMNO boleh ker??...

cakap2 tak buleh percaya..kena cek dengan telephone service provider lah..sapa call sapa pada hari tu...tapi jelas samsuri buat cerita kelakar bila dah terkantoi, PR tak mahu dia...kalu umno terima balik dia...maka bodoh macam lembulah umno nih

umno patut tak ada ketua macam sorang mamat ni,jadi pemimpin untok kepentingan perut sendiri,elok buang saja parasit ini

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu