Tuesday, May 15, 2012

Masih berdolak-dalih dengan isu air di Selangor , kini Khalid Ibrahim nak saman Menteri pulak ?

Portal Malaysian Insider hari ini (15/05/2012) melaporkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengugut untuk menyaman Menteri Air dan Tenaga , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sekiranya menteri berkenaan tidak menggunakan kuasa yang ada pada kementerian untuk mengambil alih aset air di Selangor (sumber). Khalid Ibrahim nampaknya masih cuba mempolitikkan isu ini walaupun dah diberi amaran oleh Sultan Selangor. Kali ini Khalid Ibrahim menggunakan Perkara 114 (1) dalam Akta Industri Perkhidmatan Bekalan Air (WSIA – Water Service Industrial Act) . Khalid dengan mengambil sebahagian dari Perkara 114(1) itu mendakwa Menteri Air dan Tenaga mempunyai kuasa untuk mengambil alih aset air demi kepentingan negara.


Walaupun begitu, dalam Perkara 114(2) menyebut "The determination of what amounts to national interest shall be made by the Minister .. " iaitu penentuan mengenai kesan kepada kepentingan negara dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab . Dalam hal air di Selangor , isu hanya berbangkit apabila kerajaan negeri berkeras untuk mengambil alih aset-aset air milik syarikat konsesi. Apabila ditolak oleh syarikat konsesi , kerajaan negeri cuba memberi tekanan kepada kerajaan pusat dengan tidak memberi kerjasama dalam pembangunan projek saluran air Pahang -Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2 tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi rakyat pada tahun 2014. Jelas menunjukkan agenda mengambil alih aset air milik syarikat2 konsesi lebih diutamakan daripada kebajikan rakyat.


Sekiranya Kementerian Air dan Tenaga mengambil alih aset2 air di Selangor, berapa banyak pula pampasan yang harus di berikan kepada syarikat2 konsesi ini . Kerajaan PR Selangor telah menilai jumlah aset air di Selangor adalah sebanyak RM 11 billion termasuk sebahagian aset2 milik kerajaan negeri. Adakah kerajaan pusat terpaksa menggunakan RM 11 billion wang rakyat hanya semata-mata untuk mengambil alih aset2 air di Selangor ? Khalid Ibrahim seharusnya berhenti daripada terus mempolitikkan isu air di Selangor dan memberi kerjasama untuk projek bekalan dan rawatan air diteruskan . Tidak ada masalah untuk beliau terus berkeras dalam mendapatkan aset2 air di Selangor selepas itu , yang penting utamakan lah rakyat !!! Jangan kerana kepentingan politik , rakyat pula menanggung kesusahan !

Kerajaan PR Selangor yang terdesak dengan isu air ini nampaknya cuba 'spin' dan menunjukkan seolah-olah kerajaan pusat pulak yang salah ! Come on la ... it's very clear who play the delay game rite now . Sedang kerajaan pusat berusaha membangunkan projek bekalan dan rawatan air untuk kepentingan rakyat , kerajaan PR Selangor pula melengah-lengahkan perlaksanaan projek ini disebabkan isu aset2 air di Selangor . Ketepikan lah semua tu dulu , utamakan rakyat , jangan sampai dah terdesak baru kelam kabut nak bagi kerjasama , masa tu apa pun dah tak guna lagi !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu