Thursday, May 17, 2012

'Ketua jabatan' kerajaan kata akaun kewangan negara tenat di sebalik RM1.3 trillion jumlah dangangan tahun 2011

Tadi aku membaca satu karangan yang 'mantap' dibuat oleh seorang blog Pro-Pakatan . Dalam karangan itu menyebut blogger berkenaan telah menghadiri satu mesyuarat jabatan di Kuala Lumpur membincangkan projek2  di negeri2 seluruh tanah air. Di sebelah petang, pengerusi mesyuarat yang juga merupakan seorang ketua jabatan membuat 'statement' mengatakan MOF (Kementerian Kewangan) dah tenat.



Ketua jabatan itu juga mendedahkan kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja dan ketua jabatan itu juga dimaklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-mata nak tampung perbelanjaan negara. Ketua jabatan itu juga bagitau lepas pilihanraya lagi teruk sebab kantung kerajaan dah makin tenat akibat dari sifat murah hati kerajaan Barisan Nasional yang memberikan BR1M, bonus untuk warga FELDA dan pelbagai lagi kemudahan. 

Respon aku mudah saja, bagaimana maklumat dari seorang ketua jabatan boleh diterima pakai oleh si blogger pro Pakatan ni ? Apa 'benchmark' yang digunakan oleh ketua jabatan dan pegawai kemeterian (kononnya lah.kan..) mengatakan MOF tenat ? Kalau nak membuat sesuatu tuduhan kena lah bagi fakta nya bang oii . Bagi nombor , statistik dan analisis . Yang ko tulis dalam blog tu sekadar cakap2 kedai kopi . Bila aku katakan nombor, statistik dan analisis ialah macam 'entry' aku berkenaan rizab bank negara Malaysia  yang berjumlah RM 417 billion tu. (sumber) . Dalam entry berkenaan jelas menunjukkan kewangan negara masih kukuh . Ini bukan cerita dari 'ketua jabatan' baiii... ini laporan dari Bank Negara , bukan sembang kedai kopi. 

Berikut ialah laporan ketua audit negara mengenai kedudukan kewangan negara dari 2008 - 2011 . 




Kalau dilihat dari jadual di atas , pada tahun dari tahun 2008 hingga 2010 , sumber dana dan penggunaan dana menunjukkan kerajaan masih mempunyai kapasiti untuk mentadbir negara ini dengan selesa , contohnya walaupun terdapat kekurangan dana untuk perbelanjaan 2010, namun ia masih dapat ditampung dengan jumlah wang tunai yang ada. Walaupun laporan ketua audit negara untuk tahun 2011 masih tak keluar lagi, namun 'pattern' akan tetap sama , tambahan pula pada 2011 ekonomi negara agak rancak dengan jumlah perdagangan mencecah kepada tahap RM1.3 trillion melebihi 8.7% berbanding tahun 2010. (sumber) 


Sebab tu, aku sangat2 tak faham kenapa 'ketua jabatan' yang blogger pro-PR tu katakan MOF tenat ?! Aku amat berharap bagi orang yang hadir dalam mesyuarat tu agar melaporkan hal ini ke peringkat yang lebih tinggi , kalau takde saluran , hantar je email pada mana2 blog pro-BN dan pandai lah kitaorang buat kerja . Sekiranya benar ada ketua jabatan macam ni , elok lah berhenti ja kerja sebab menggunakan bilik mesyuarat  untuk menabur fitnah dan menimbulkan kerisauan pada yang hadir . 

2 comments:

Dah tak ada cerita, nak buat cerita. Tapi tak pandai pula nak menipu. Dengan orang kampong boleh lah di tipu hidup2. Tapi kalau orang yang ada akai, tak kan nak terima bulat2 je. Kena lah selidik dulu. Nanti tak pasal2 dia kena TIBAI.

Elok ler dia kata gitu... soalan aku kepada encik beliau itu... Kalau Pakatan menang PRU13... camner nak tampung perbelanjaan setelah dihabiskan oleh kerajaan sebelum ini? Duit Petronas lagik ker? kahkahkah

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu