Sunday, May 20, 2012

Kerajaan PR Selangor makin rakus jual tanah, loji najis pun tak terlepas !!!

Ceramah Dato Seri Noh Omar di Gombak pada 7/5/2012 . Antara kandungan ceramah ;



1. Mendedahkan sikap hipokrit Azmin yang menolak wang elaun tambahan ahli-ahli parlimen. Sebaliknya apabila beliau menyokong pula tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan elaun kepada ahli-ahli DUN tertentu yang dikatakan mempunyai prestasi yang bagus.

2. Menyentuh soal ketelusan dalam sistem pengundian di Malaysia dengan penubuhan jawatankuasa yang disertai wakil pembangkang dan kerajaan & juga kemungkinan kerajaan negeri Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri kerana PR mendakwa senarai pengundi tak bersih.


3. Mengenai putar belit kerajaan Pakatan Selangor mengenai keuntungan PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) . Menurut Dato Seri Noh, keuntungan PKPS sebenarnya adalah dari hasil jualan tanah .Bayaran pertama RM 92,120,000.00 melalui Bank Muamalat cek bernombor 505329 dibayar pada 8/9/2010 , bayaran kedua RM 2,000,000.00 cek bernombor 63954 dibayar pada 10/10/2011 . PKPS mendapat keuntungan bukan dari kegiatan pertianan atau penternakan tetapi dengan hasil jualan tanah2 pertanian. 

4. Dari rakaman Dato Seri Noh juga mendedahkan kerajaan Selangor PKR jual tanah Yayasan Selangor, PKPS malah Loji Najis di Serdang juga . Apabila pasir dah habis dikorek , sekarang kerajaan PR Selangor juga sedang giat menjual tanah liat. PKPS di bawah kerajaan PR Selangor juga dikatakan akan menjual tanah kekal pengeluaran makanan (PKPM) di Hulu Yam. Tanah PKPM di Hulu Yam , adalah pusat penanaman sayur dibawah usaha Kementerian Pertanian, sekiranya tanah ini dijual maka Lembah Kelang akan mengalami masalah kekurangan sayur. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu