Friday, May 4, 2012

Kenapa Kerajaan PR Selangor tak mansuhkan tol Grand Saga , Sprint dan KESAS ?

'Keyword' untuk posting kali ni ialah 'exit clause' . Apa yang aku faham dengan maksud 'exit clause' ni ialah klausa di dalam perjanjian kerjasama misalnya antara dua syarikat yang membolehkan mereka yang terlibat dalam kontrak untuk menarik diri dari meneruskan kerjasama sekiranya syarat-syarat yang termaktub di dalam kontrak tidak dipatuhi.

Ok , posting untuk kali ni sebenarnya ada kaitan dengan 'exit clause' . Khalid Ibrahim, Menter Besar Selangor dalam kenyataan beliau di media semalam (3 May 2012)  menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya di Selangor pada masa hadapan akan memasukkan terma 'exit clause' . Dalam erti kata yang lain , apabila keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh , maka pemilikan lebuhraya akan dipindahkan kepada kerajaan Selangor. (sumber)



Contoh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah sekiranya keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh dalam tempoh 25 tahun dengan aliran trafik yang banyak , maka tempoh konsesi selama 40 tahun akan terbatal dan pengurusan lebuhraya akan diserahkan kepada kerajaan Negeri Selangor. Khalid Ibrahim pada masa yang sama juga bernada mengugut apabila mengatakan sekiranya ada syarikat yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan maka kerajaan Selangor tidak akan memberi kelulusan dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuhraya.

Adakah ini satu lagi teknik MB PR cuba memperbodohkan rakyat Selangor ? Cadangan beliau nampak macam cantik dan berjwa rakyat , tapi sekiranya diperhalusi sedalamnya maka 'udang di sebalik batu' itu akan terselak juga . Khalid Ibrahim boleh mencuba 'teori beliau ini pada Sprint Highway dimana Kumpulan Peransang Selangor (KPS) mempunyai kepentingan. Dengan jumlah trafik yang tinggi , tidak mustahil keuntungan telah dicapai . Jadi apakata kerajaan PR Selangor mengambil alih dan tidak lagi membebankan tol kepada rakyat ?

Untuk Grand Saga Highway , Kerajaan Pusat BN terlebih dahulu mengarahkan 'semi exit clause' untuk dikuat kuasakan dan bukannya kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi jika Khalid Ibrahim hendak melaksanakan cadangan di mengadakan syarat 'exit clause' , rasa nya dia dah boleh menggunakannya untuk Grand Saga Highway yang pada satu ketika dulu agak panas kontreversinya. Adakah Khalid Ibrahim ragu2 kerana Menteri Besar Incorporated juga mempunyai kepentingan melalui Taliworks dan KPS ?

Apa cerita pulak utk highway KESAS , volume traffic banyak tu ? RM 2.20 pulak kena caj bagi setiap tol yang dilalui ! Takkan diam je ? Kita tau kerajaan Selangor pun ada kepentingan dalam KESAS jugak. PKNS ada 30% share , Gamuda 30% share, AMDB Bhd 20% dan PNB 20%. Rasanya dengan volume traffic dan harga tol yang mencekik darah tu , patut dah boleh dapat projection profit .

Jadi kita nampak sekarang , Kerajaan Selangor memang ada share dalam saham  konsesi2 lebuhraya yang sedia ada sekarang iaitu SPRINT, Grand Saga , dan KESAS . Dan kesemua lebuhraya tu memang high traffic. Jadi sebelum nak implement 'exit clause' untuk future project , apa kata Kerajaan PR Selangor laksanakan dulu pada konsesi2 lebuhraya yang mana mereka merupakan pemegang saham.

Apa pun apa yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim telah dibuat terlebih dahulu oleh Kerajaan Pusat BN melalui penutupan tol Connought Highway , tol Cheras , dan tol Selayang apabila traffic yang banyak telah menghasilkan kutipan yang melebihi 'projection' keuntungan. Dalam erti kata mudah Khalid Ibrahim cuma jadi tukang 'amplified' kerja baik yang telah dibuat oleh kerajaan BN , dengan ini boleh la kononnya dia menonjolkan imej MB 'idaman' rakyat . Prfttt....lembu punya susu sapi dapat nama..

1 comments:

Tol adalah duit haram..haram sebab memaksa org bagi mcm pengemis yang memaksa. blogger bengong...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu