Monday, May 21, 2012

Jamie Oliver's Food Revolution : Peserta dari Malaysia dipilih untuk live 'Google Hangout' yang ditonton seluruh dunia !

Tahniah diucapkan kepada seorang wakil dari Malaysia kerana terpilih dalam temubual 'live' Google Hangout bersama-sama Jamie Oliver sempena kempen 'Food Revolution' yang dicetuskan beliau.  Tele-conference 'Google Hangout' dikendalikan oleh Robyn O'Brien seorang aktivis pemakanan yang terkenal di USA (http://www.robynobrien.com/Default.htm) . Peserta2 yang terlibat ialah Alice Randall (New York Times Best Selling Novellist), Puan Farah (Malaysia, ), Kimanh (Australia) , Shane Valentine (California, author of The Baby Cuisine Cookbook, Chef Instructor for Whole Foods Markets )


Sebenarnya aku pun tak tau apa bendanya kempen 'Food Revolution' ni cuma terasa bangga apabila peserta tunggal dari Malaysia terpilih diantara beribu orang di seluruh dunia yang menyertai kempen ini. Dengan merujuk laman web Jamie Oliver, 'Food Revolution' yang dicetuskan oleh chef terkenal ini ialah berkenaan kempen kesedaran mengenai makanan 'asli' yang tidak di'proses'.

Makanan yang di'proses' menurut beliau mengundang pelbagai masalah kesihatan pada hari ini kerana lebih menjadi pilihan majoriti masyarat di pelbagai peringkat lapisan. Contoh-contoh makanan yang telah diproses adalah seperti sardin dalam tin, maggi, daging burger, hotdog, nugget ayam yang dipek, bebola ikan dan seumpamanya. Makanan yang diproses ini melibatkan penggunaan bahan kimia untuk membolehkan ia disimpan pada satu jangka masa yang agak panjang. Seriously, memang kena sebijik batang hidung aku kerana aku ni merupakan salah sorang rakyat Malaysia yang gemar makan makanan yang di'proses'.


Agak mengejutkan kerana di Malaysia perkara sebegini kurang dipromosikan. Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Puan Farah yang menjadi wakil dari Malaysia dalam sidang temubual video yang berlangsung secara 'live' pagi tadi dan disaksikan orang dari seluruh dunia. Sekuranya-kurangnya, dunia melihat kualiti yang ada pada seorang rakyat Malaysia yang lahir dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. Secara peribadi aku berpendapat kempen kesedaran sebegini seharusnya diwar-warkan pada orang ramai. Bukan nak menjahanamkan industri pemprosesan makanan, cuma nak mengingatkan orang ramai supaya menghadkan me'lahap' makanan-makanan yang diproses kerana tak baik untuk kesihatan.


Melalui proses carian di Google, bagi yang berminat boleh la menghubungi Puan Farah melalui laman blog beliau di http://pinkgoodness.blogspot.com/ . Aku dah go through blog ni .. sesuai untuk para ibu . Rupanya Puan Farah sebelum ini pernah juga ditemuramah di Bernama TV berkenaan masalah Ezkema. Boleh dikatakan beliau adalah seorang 'aktivis' yang menggalakan penggunaan bahan asli samada dalam perubatan atau makanan. Pendapat aku, negara kita memerlukan lebih banyak 'aktivis' sebegini dan bukannya 'aktivis'2 yang memperjuangkan perkara2 'songsang' macam si Fahmi Redza , Marina Mahathir ,Hisham Rais etc.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu