Monday, May 21, 2012

Isu Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya : Perjumpaan PKNS dengan penduduk setempat pada 23/5/2012

Isu perobohan Kompleks Sukan PKNS di SS7 Kelana Jaya telah timbul sejak tahun 2011 lagi . Rata-rata penduduk setempat tidak bersetuju dengan cadangan PKNS untuk merobohkan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya itu bagi pembinaan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat. Rata-rata penduduk kecewa dengan sikap PKNS yang lebih mementingkan keuntungan berbanding kepentingan rakyat. Difahamkan kerajaan PR Selangor mahu membangunkan kawasan itu kerana nilai hartanah di situ melambung dan lebih sesuai digunakan untuk tujuan komersil.


Penduduk setempat bimbang sekiranya projek bernilai RM 2 billion ini diteruskan , masalah kesesakan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong akan menjadi lebih serius. Di samping itu Kompleks Sukan PKNS SS7 Kelana Jaya itu juga merupakan tempat riadah dan aktiviti penduduk setempat malah tempat itu telah dianggap sebagai 'trademark' bagi kawasan penempatan Kelana Jaya.

Melalui maklumat yang diterima oleh seorang sahabat sebentar tadi, PKNS akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk mengenai  rancangan untuk membangunkan tapak Padang PKNS . Perjumpaan ini akan diadakaan pada hari Rabu , 23/5/2012 jam 8 malam di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya . Di kesempatan ini saya menjemput orang ramai , khususnya penduduk-penduduk di Parlimen Kelana Jaya dan kawasan sekitarnya untuk hadir dan menyampaikan mesej bantahan anda pada hari itu. Mohon juga disebarkan pada rakan2 yang lain

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu