Wednesday, May 9, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012 : Watak-watak komik Jepun turun berhimpun pada 23-27 May nanti !


Sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 May 2012 , watak2 komik Japan yang terkenal akan berkumpul di Putrajaya . Bagi peminat-peminat Manga & Japanese anime (Komik dan Kartun Jepun) anda digalakkan datang ke Putrajaya untuk melihat aksi-aksi watak2 komik kegemaran anda ! Bagi 'otaku'2 (kipas susah mati Japanese manga dan anime) , anda boleh menyertai karnival himpunan jutaan belia di Putrajaya dengan memakai apa2 saja kostum watak2 yang anda gemari .


Acara ni tak terhad kepada remaja je... bapak2 dan mak2 orang nak 'join' pun apa salahnya , pengalaman aku ... pernah nampak ada sorang 'otaku' ni pakai macam salah satu watak dalam cerita Naruto , iaitu cikgu kepada Naruto , Kakashi Hatake . Umur bro tu dah nak masuk 40 bebbb ! Gua pun berminat... kalau aku join aku nak pakai macam Mr. Satan macam cerita Dragon Ball tu ... hehehe.


Anyway, aktiviti ni dinamakan 'Cosplay' dianjurkan oleh CosPlay Fun Malaysia , sempena Himpunan Jutaan Belia nanti CosPlay Fun Malaysia cuba nak mencipta Malaysia Book of Record dengan mengadakan perhimpunan 'Cosplay' yang terbesar.  Jadi , sekali bagi mereka yang berminat , mohon selak2 balik buku komik Jepun yang lama2 tu dan fikirkan karekter yang anda minat .... bebbb ,kat Jepun yang 'dress' jadi transformer pun adaaaa... siap boleh transform jadi kereta ! Ok , jom tengok gambar2 dan video di bawah untuk anda fahami apa itu Cosplay .




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu