Sunday, May 27, 2012

Hari Kedua Mempamerkan Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hari Kedua Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mempamerkan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung.

 
Bermula seawal 6 pagi hingga ke tengah malam, pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai pengisian program bagi menarik minat para pengunjung khususnya golongan belia untuk melibatkan diri.
 
Antara aktiviti berkonsepkan keagamaan yang dijalankan pada hari kedua ialah kolokium kepimpinan belia Islam dan program subuh bersama pendakwah muda.

Sementara itu, para pengunjung juga boleh mencuba nasib dengan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan.
 
Budaya dan adat sesebuah kaum juga tidak dilupakan kerana para pengunjung boleh mencuba permainan tradisional yang terdapat di negara kita, pertunjukan kebudayaan dan persembahan tarian tradisional.

Oleh itu, golongan belia dijemput untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan program ini dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kerana secara tidak langsung ia dapat memupukkan semangat perpaduan antara kaum.


ARTIKEL
http://www.klpos.com/himpunan-jutaan-belia-2012/4583-hari-kedua-mempamerkan-pelbagai-aktiviti-menarik-untuk-belia

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu