Saturday, May 5, 2012

Edisi Santai Hari Sabtu : Digital Kamera Kertas dari IKEA

Apabila teknologi semakin berkembang , begitu juga dengan kreativiti pemikiran manusia . Terbaru IKEA telah mengeluarkan satu produk baru yang mungkin menggembirakan hati kumpulan-kumpulan pencinta alam di seluruh dunia . Produk yang dimaksudkan ialah digital kamera yang diperbuat dari kertas, pujian untuk kreativiti designer digital kamera kertas ni Jesper Kouthofd ! Dengan menggunakan 2 biji bateri bersaiz AA , mempunyai port USB dan berkemampuan menyimpan sehingga 40 gambar, kamera ini juga agak 'portable' , lebih kurang macam wallet je.. .  Buat masa sekarang harga kamera kertas ni tak didedahkan lagi. Secara peribadi , aku berpendapat harga mungkin agak murah berbanding kamera-kamera lain . Jadi untuk press dan blogger2 yang bimbang kamera anda dirampas atau dirosakkan sekiranya terdapat lagi demonstrasi besar-besaran seperti Bersih 3.0, anda boleh dapatkan digital kamera kertas ini sebagai spare !




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu