Monday, May 28, 2012

Dr. Chua Soil Lek cabar Lim Guan Eng untuk 'potong' apa ?

Dalam perlembagaan Malaysia, tak pun menyebut yang Perdana Menteri mesti seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam . Cuma di Malaysia ni penduduk majoriti ialah orang Melayu dan biasanya yang majoriti ni lah memilih siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri . Buat masa sekarang kaum majoriti di Malaysia lebih suka orang Melayu yang beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri . Jadi 'statement' Karpal Singh yang dibuat mengatakan beliau akan berjuang selagi masih hidup untuk melihat bukan Melayu jadi Perdana Menteri . Komen aku berjuanglah sepuas-puasnya kerana kaum majoriti yang akan memilih siapa Perdana Menteri itu . Siapa tahu mungkin pada satu hari nanti kaum majoriti di negara ni nak melihat kaum yang bukan dari kalangan mereka mentadbir negara ? Tak langsung menjadi kesalahan dalam perlembagaan negara.


Kenyataan yang dibuat oleh Dr. Chua Soi Lek baru2 ini di beberapa akhbar Cina agak melucukan bila melontarkan cabaran kepada Lim Guan Eng untuk 'potong' . Mungkin Dr. Chua Soi Lek hanya bersifat sinis apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila melihat tindak-tanduk Lim Guan Eng seolah-olah mempunyai cita-cita yang besar untuk menduduki jawatan no. 1 negara . Dr. Chua juga berkata walaupun Lim Guan Eng berani 'potong' dia tetap tak diterima sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih bukan orang Islam yang sebenar . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Dr. Chua ialah perkara2 lain yang perlu dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor