Thursday, May 10, 2012

Rizab Bank Negara Malaysia RM 417 billion (May 2012)

Dari laporan akhbar the Star (9/5/2012) , diberitakan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia ialah  RM 417 billion (sumber) ! Dan dari laporan akhbar The Malay Mail pada (9/5/2012) hutang negara ialah RM 257 billion (sumber) iaitu 30.2% dari KDNK .Hutang negara ialah hutang yang ditanggung kerajaan dari sumber yang diperoleh dari luar negara oleh sektor awam dan kerajaan . Negara mungkin berdepan dengan risiko bankrap hanya apabila jumlah rizab yang ada kurang daripada jumlah hutang negara..


Bila hutang luar negara lebih dari hutang dalam negara maka akan wujud risiko negara 'diperintah' secara halus oleh si pemberi hutang. Namun ini tak berlaku di Malaysia , dengan jumlah rizab yang menunjukkan Malaysia berupaya membiayai hutang negara (hutang luar negara oleh sektor swasta dan kerajaan) sebanyak 1.62 kali maka isu negara akan bankrap tak seharusnya dibangkitkan .

Manakala hutang kerajaan persekutuan pula ialah RM456.1billion dan dari jumlah itu 96% adalah hutang dalam negara . Walaupun jumlah ini meningkat berbanding tahun 2011 iaitu RM 437.2 billion , perlu kita fikir logik disebalik peningkatan dengan pelbagai projek dan faedah2 yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat contohnya BR1M , wang seratus untuk setiap pelajar sekolah , baucar buku dan pelbagai lagi faedah yang diberikan untuk kemudahan rakyat.


Dalam 'entry' yang lepas , aku juga dah letakkan takrifan 'hutang dalam negara' untuk memberi kefahaman bagi mereka yang tak tahu . (sumber)  . Petikan dari blog 'entry' yang lepas ;

"Sumber hutang dalam negara diperoleh melalui terbitan bil perbendaharaan,terbitan pelaburan kerajaan,sekuriti kerajaan malaysia,pinjaman perumahan dan terbitan sukuk simpanan rakyat serta sukuk 1Malaysia. Pemegang instrumen di atas terdiri dari institusi kewangan,syarikat insurans dan KWSP & SOCSO. Kalau diperhatikan sumber hutang dalam negara dibuat adalah untuk kepentingan rakyat juga. Boleh rujuk dokumen hutang kerajaan dalam negeri di laman web www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0910/jp4_8.pdf"

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu