Thursday, May 31, 2012

Cartoon-O-Phobia..komik 'hentai' pemimpin Pakatan untuk kempen ?

Kartunis Zunar hari ni dengan angkuhnya membidas kenyataan yang dibuat oleh pengerusi SPRM semalam mengenai larangan menggunakan kartun dalam kempen pilihanraya . Sebenarnya apa yang cuba ingin disampaikan oleh pengerusi SPRM dalam sidang media pada 30/5/2012 ialah penggunaan kartun dalam kempen pilihanraya dengan tujuan menyindir atau memperlekehkan calon lain adalah tak dibenarkan. Kalau Zunar nak lukis gambar kartun Anwar Ibrahim atau calon2 Pakatan yang lain tanpa mempersendakan parti lawan sudah pastinya takde masalah .


Zunar juga dilihat seolah-olah berlagak macam dia mewakili seluruh kartunis di Malaysia ni dengan penubuhan Kumpulan Kartunis Independent, kalau dilihat mesej-mesej yang cuba  disampaikan dalam karikatur lakaran beliau menunjukkan akal pemikiran yang singkat , ambil separuh dan buang separuh. Zunar mencipta istilah 'cartoon-o-phobia' untuk menyindir kerajaan . Istilah 'cartoon-o-phobia' direka oleh Zunar untuk menghalalkan mesej2 fitnah yang cuba disampaikan melalui lakaran kartun beliau .  Bayangkan sekiranya kartun-kartun yang menyindir pemimpin Pakatan dilukis dan disiarkan di portal2 media , pasti ada pihak yang akan kena saman . Contohnya macam cartoon dibawah ni .


Apa pun saranan pengerusi SPRM hanyalah mengenai penggunaan kartun di sepanduk2 , kain2 rentang , dan risalah2 yang diedarkan . Kalau nak lukis kartun di portal2 media, facebook , twitter dan sebagainya itu lain cerita . Kalau Zunar berkeras juga nak langgar larangan SPRM tu , kita pun boleh buat lagi gila punya kerja, idea banyak beb , tunggu masa je nak 'boom' !

1 comments:

korang semua salah. bukan sprm yg larang pnggunaan karikatur tu dlm kempen. tapi telah termaktub dlm undang2 sejak dulu lagi. sprm cuma kuatkuasakn shj krn penggunaannya smakin berleluasa spt prk di sibu lalu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu