Sunday, May 20, 2012

Anggaran menggunakan Google Map menunjukkan peserta Bersih 3.0 tak sampai pun 250,000 orang !

Pemimpin-pemimpin Pakatan dan Pengerusi Bersih , Ambiga mendakwa jumlah orang ramai yang hadir untuk protes Bersih 3.0 adalah seramai 250,000 ! Media2 dari luar negara pula mengatakan jumlah yang hadir adalah dalam lingkungan 50,000 hingga 80,000 . PDRM dengan segala kelengkapan canggih dan menggunakan pemantauan udara mendakwa hanya sekitar 25,000 hingga 50,000 yang hadir . Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 boleh dianggarkan sebegitu. Terdapat pelbagai keraguan dalam pengiraan peserta Bersih 3.0 yang hadir . Kerana peserta-peserta ini tidak 'statik' di satu tempat , mereka bergerak beramai2 menuju ke Dataran Merdeka dari pelbagai arah dan pada satu ketika kelompok ini akan statik di kawasan sekitar Dataran Merdeka . Dan pada ketika ini lah sepatutnya anggaran dilakukan.


Menggunakan perisian Google Earth , aku boleh buat anggaran berdasarkan pemerhatian ketika perhimpunan sedang berlangsung . Katakan lah jalan dari Dataran Maybank penuh sesak dengan peserta Bersih 3.0 yang berarak rapat2 , bahu ke bahu dan punggung peserta depan hampir sangat dengan peserta di belakang . Katakan lah juga situasi yang sama berlaku dari Puduraya hingga ke Bar Council . Dengan membuat ukuran dari Google Earth , jumlah keseluruhan panjang jalan ialah 1130m , lebar jalan dianggarkan 20m berdasarkan method yang sama.  Oleh itu luas keseluruhan ialah 1130m x 20m , 22600 meter persegi . Dari anggaran aku luas yang dipenuhi apabila seseorang itu berdiri adalah lebih kurang 0.2m x 0.5m , 0.1 meter persegi.

Oleh itu jumlah peserta yang memenuhi sepanjang jalan yang ditandakan dengan garisan merah diatas ialah 22,600 / 0.1 ; 226,000 orang ! Namun kita tahu, hakikatnya orang yang berarak dalam Bersih 3.0 tidak beratur rapat2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, akan ada ruang2 yang lebih besar diantara mereka . Dan melalui pemerhatian aku , semasa mereka berkumpul di jalan masuk ke Dataran Merdeka , jalan-jalan di sekitar dataran Maybank dan Puduraya tak dipenuhi dengan peserta2 ini . Jumlah peserta Bersih 3.0 dikatakan memuncak semasa pukul 3 petang dan kelihatan hanya jalan2 masuk ke Dataran Merdeka yang dipenuhi puak2 ini  . 

Jadi anggaran 250,000 kehadiran oleh Pengerusi Bersih 3.0 boleh dikatakan bohong dan bersifat 'exaggerated'.  Jumlah yang dinyatakan media luar negara mungkin lebih masuk akal iaitu hanya sekitar 50,000 orang.  Blogger Tukar Tiub , Hishammudin Rais sebelum ini dengan angkuhnya mengatakan jumlah yang akan hadir ialah 500,000 walhal bilangan yang datang lebih kecil dari itu. Aku terfikir apa method yang digunakan oleh barua2 'Bersih' ni bagi mendapat jumlah 250,000 itu ?

2 comments:

"Namun kita tahu, hakikatnya orang yang berarak dalam Bersih 3.0 tidak beratur rapat2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, akan ada ruang2 yang lebih besar diantara mereka"

dangkal dan kelakar lah statement awak :P

so what's your argument to rebut my 'dangkal' statement ?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu