Sunday, May 13, 2012

Air percuma & krisis air Selangor pada tahun 2014 ?

Ingat tak pada hujung tahun 2010 dulu , pecacai-pecacai PR Selangor dikerahkan oleh pemimpin2 mereka untuk berkumpul di Masjid Negara , dan kemudian memorandum diserahkan kepada YDP Agong pada masa itu  (Sultan Mizan Zainal Abidin) .  Masing-masing begitu bersemangat untuk memastikan air percuma sebanyak 20m3 pada rakyat Selangor dikekalkan dan mahu pengstrukturan semula air di negeri Selangor. Pejam celik - pejam celik dah 1.5 tahun berlalu .


Kerajaan Selangor masih memberi 20m3 air percuma , masalahnya sumber air  baru melalui projek bekalan air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2 bagi menampung  pertambahan penggunaan air oleh rakyat Selangor dan Lembah Klang masih tergendala . Projek tergendala disebabkan kerajaan Selangor di bawah pimpinan PR enggan bekerjasama dengah melengah-lengahkan kelulusan penggunaan tanah yang melibatkan hak kerajaan negeri. Projek2 perumahan dan perkilangan meningkat dari tahun ke tahun di Selangor, jadi secara logiknya, tentulah jumlah bekalan air bersih yang diperlukan akan bertambah untuk menampung peningkatan ini . Bila tiba masanya , apabila bekalan air bersih yang diperlukan tidak mencukupi, adakah pemberian 20m3 air percuma masih wajar ?


Lakaran menunjukkan contoh mudah bagaimana air di Selangor diagihkan. Contoh lakaran diatas ialah semasa tahun 2008, dalam lakaran diatas hanya 6 buah rumah memerlukan bekalan air bersih . Namun apabila masa berlalu bilangan rumah akan bertambah , maka sumber bekalan air (Projek Penyaluran Air Pahang - Selangor) dan loji rawatan (Loji Rawatan Air Langat 2) baru diperlukan untuk menampung pertambahan ni . Sila lihat lakaran di bawah pula..


Namun dalam situasi sekarang KETTHA menghadapi masalah untuk dapat kelulusan tanah yang berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri . Oleh itu , projek tak dapat diteruskan dan terhenti separuh jalan. Oleh itu rumah yang bertambah terpaksa berkongsi menggunakan sumber bekalan air sedia ada dan dari loji yang sedia ada juga. Lakaran yang pertama tadi menunjukkan 6 rumah berkongsi bekalan dari satu sumber dan loji pemprosesan air yang sama. Lakaran yang kedua menunjukkan langkah yang diambil KETTHA (Kementerian Air dan Tenaga) untuk mengatasi masalah kekurang bekalan air.


Lakaran ketiga pula menunjukkan apabila projek perumahan siap dibangunkan, loji pemprosesan air yang asal terpaksa membekal air bersih kepada 12 buah rumah pula. Dan perkara yang sama akan berulang selagi projek bekalan air Pahang Selangor dan Loji Langat 2 tak dapat disiapkan kerana kerenah kerajaan PR Selangor ! Lama-kelamaan masalah kekurangan air akan berlaku dan pada ketika itu adakah pemberian 20m3 percuma air kepada rakyat masih boleh diteruskan ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu