Sunday, May 13, 2012

Adakah Tragedi Highland Tower akan berulang di Pulau Pinang dek nafsu serakah DAP ?

Nampaknya kerajaan DAP Pulau Pinang tak mengambil iktibar dari tragedi Highland Towers yang berlaku pada tahun 1993. Highland Towers runtuh disebabkan rupa bentuk muka bumi yang tak sesuai untuk pembinaan bangunan2 tinggi . 'Post mortem' selepas kejadian mendapati struktur tanah menjadi lemah menyebabkan hakisan dan seterusnya memberi kesan kepada bangunan Highland Tower.  (sumber) . Jumlah korban dari malapetaka ini adalah seramai 48 orang.




Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya memperjuangkan persekitaran yang 'hijau' nampaknya cakap tak serupa bikin apabila meluluskan projek pembinaan berisiko tinggi di cerun bukit . Pembangunan ini menimbulkan kerisauan penduduk tempatan dan beberapa siri bantahan telah dilakukan, namun tidak diendahkan oleh kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri juga mengabaikan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 untuk membolehkan pembangunan dilakukan dikawasan cerun bukit. (sumber)




Pada tahun 2008 semasa DAP mengambil alih Negeri Pulau Pinang , cadangan pembinaan diatas telah ditolak, namun agak pelik selepas beberapa tahun memerintah projek ini diluluskan pula ? Adakah kerajaan DAP Pulau Pinang terdesak dalam mencari dana hingga berani memperjudikan nasib penduduk2 sekitar ?






0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu