Monday, May 7, 2012

20 meter padu air percuma bakal dimansuh di Selangor pada 2014 sekiranya PR terus memerintah ?

Kerajaan PR Selangor seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat Selangor yang bakal berhadapan dengan masalah kekurangan air pada tahun 2014 . Malah kerajaan PR Selangor yakin air di negeri Selagor cukup sehingga tahun 2019 . Persoalannya masalah kekurangan air yang bakal berlaku di Selangor pada tahun 2012 adalah hasil penyelidikan pakar iaitu AWER (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia) , dan atas fakta dan kajian apa pula yang digunakan oleh kerajaan Selangor mengatakan bekalan air di Selangor cukup sehingga tahun 2019.



Hal ini pernah saya bangkitkan dalam blog 'entry' yang lepas (sumber) . Namun selepas lawatan salah satu tapak Projek Penyaluran Air Pahang-Selangor dan Loji Perawatan Langat 2 , saya dapati masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat dan pelabur2 di Selangor adalah sangat kritikal pada tahun 2014 sekiranya kerajaan PR Selangor tidak bekerjasama dalam meluluskan penggunaan tanah untuk projek ini . Sebagai seorang Menteri Besar , Khalid Ibrahim seharusnya mengenepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat dan kesejahteraan negeri Selangor . Peningkatan penggunaan air di Selangor bertambah dari tahun ke tahun , dengan pertambahan projek2 perumahan, kilang2 dan sebagainya.


Mungkin kesannya tidak dirasakan sekarang, tapi situasi akan berubah menjelang 2014. Walaupun Barisan Nasional memenangi pilihanraya di Selangor dan meluluskan serta merta penggunaan tanah untuk projek Penyaluran Air Pahang - Selangor , masa untuk kerja2 pembinaan dan penyambungan paip adalah lebih kurang 2 tahun ! Sekarang kita dah menghampiri pertengahan tahun 2012 dan masa semakin suntuk ! Jangan sampai bila berlaku kekurangan mula lah nak menyalahi orang lain, walhal kerajaan persekutuan telah berulang kali memberikan peringatan.


Adakah kerajaan PR Selangor sedar bahawa krisis kekurangan air di sesebuah negeri mengundang kepada krisis2 lain . Contoh paling jelas sekarang ialah terdapat 129 projek perkilangan (yang memberi peluang pekerjaan kepada 12,000 orang) tak dapat dilaksanakan disebabkan SYABAS tidak berkemampuan untuk menampung kapasiti air untuk keperluan kilang (sumber) . Namun agak pelik apabila Khalid Ibrahim menyalahkan SYABAS sedangkan hal ini boleh dielakkan jika kerajaan PR Selangor memberi kerjasama dalam Projek Penyaluran Air Pahang - Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2 .


Kenapa SYABAS tidak berkemampuan ?? Jawapannnya sumber air di Selangor hanya terhad untuk 2014 sahaja , SYABAS tidak berani mengambil risiko untuk memberi komitmen kerana ketiadaan sumber air terawat yang baru ! Mereka mungkin bakal dikenakan tindakan undang2 oleh kilang2 ini jika gagal membekal air selepas memberi komitmen membekalkan air.

Sebenarnya kerajaan persekutuan Barisan Nasional melalui Kementerian Air dan Tenaga telah memberikan penyelesaian iaitu dengan melaksanakan Projek Penyaluran Air Pahang - Selangor dan pembinaan loji rawatan air Langaat 2 . Namun projek yang telah bermula sejak tahun 2009 ini sekarang telah tergantung akibat dari kerenah politik kerajaan PR Selangor. Rakyat Selangor harus bangkit demi mengelakkan krisis tahun 2014 ! Kerajaan PR Selangor harus didesak untuk meluluskan penggunaan tanah bagi projek ini . Masa  sedang berjalan kita hanya ada 1.5 tahun untuk menuju tahun 2014 ! Kalau air di Selangor dah tak cukup, boleh lagi ke kita dapat bil air percuma untuk 20m3 yang pertama ?? Fikir-fikirkan lah ..

3 comments:

rakan2 yang membaca artikel ni.. mohon share/like di Facebook dan sebarkan pada rakan2 yang lain , ketepikan soal politik , ini adalah survival air rakyat di Selangor dan Lembah Kelang

Demi politik, kesejahteraan rakayat diabai. Selangor, tolong beri kelulusan utk bina Loji Air Langat!! Jgn sampai paip dah kering, baru nak kelam-kabut!

NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Isu pengurusan air Selangor.., Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Sekiranya sudah tahu atau tidak tahu, tak perlu sengaja menuding jari menyalahkan mana2 pihak hanya kerana menuruti kehendak hati dan pahaman politik. Takut nanti tiada jawapan nak disediakan apabila ditanya 'Esok'..

Terima kasih..Assalamualaikum..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu