Sunday, April 8, 2012

Tiada Sumber Minyak Tetapi Masih Menjadi 20 Negara Utama Pengeksport Minyak Dunia !

Dibandingkan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak , Singapore sebenarnya mengeksport lebih banyak minyak ke luar negara berbanding Malaysia . Kenapa ini boleh berlaku walaupun kita tahu Singapore tidak mempunyai telaga minyak di negara dan perairan mereka ? Kalau dirujuk dari laman web berikut (sumber) , didapati Singapore negara pengeksport minyak ke-17 berbanding Malaysia negara pengeksport ke 29.



Perkara ini berlaku disebabkan Singapura melalui US based Energy Giant spt Conoco Phillips, Premier Oil, Amerelda Hess, Chevron, ExxonMobil dll telah menguasai "proven reserve" di Indonesia (Perairan Natuna & Sumatera Selatan), dimana Crude Oil drpd kawasan2 tersebut telah disalurkan melalui Trans Asian Gas Pipeline ke Singapura utk diproses sblm diexport. Dengan merujuk kepada sumber berikut (sumber) , penapis minyak di Singapore merupakan ke-3 terbesar di dunia. Kapasiti pengeluaran 3 kilang penapisan minyak mereka adalah sebanyak 1,348,000 barrel/day berbanding Malaysia 



Walaupun berada di kalangan 20 negara teratas pengeksport minyak dunia , harga minyak di Singapore masih lagi mahal berbanding Malaysia yang berada di kedudukan 29. Ramai yang masih bertanya walaupun sebagai negara yang mempunyai telaga minyak kenapa minyak di Malaysia masih mahal ? Secara peribadi, jawapan aku untuk persoalan ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan nisbah jumlah pengeluaran dan jumlah penggunaan . Jumlah permintaan terhadap minyak semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport minyak dari luar untuk diproses bagi kegunaan tempatan. 





Dari jadual2 di atas , crude oil consumption di Malaysia tahun 2009 ialah 554,000 barrels/day manakala crude oil production di Malaysia pada tahun 2009 ialah 578,000 barrels/day , iaitu nisbah pengeluaran dan penggunaan hampir 1:1 . Tentu timbul persoalan kenapa kita masih boleh mengeksport 441,000 barrels/day pada tahun yang sama (2009) ? Ini adalah kerana minyak di Malaysia adalah dari jenis 'sweet crude' iaitu berkualiti tinggi dan boleh dijual dengan harga yang lebih mahal.  Manakala minyak yang di import pula dari jenis 'sour crude' yang harganya lebih rendah dan diproses di Loji Penapisan di Malaysia untuk kegunaan domestik. Oleh itu disamping menjana pendapatan negara melalui Petronas, kerajaan masih mampu memberi subsidi yang berpatutan pada pengguna2 domestik.  

Apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga minyak dengan melampau hanya akan membebankan kerajaan dan menyebabkan projek2 pembangunan lain yang mana peruntukkan sepatutnya disalur terpaksa dihentikan menyebabkan kurangnya rangsangan ekonomi berlaku . Petronas yang ditubuhkan pada tahun 1974 merupakan 'harta karun' yang dicipta oleh kerajaan Barisan Nasional . Pada peringkat awal sebelum wujudnya Petronas , Shell dan Esso telah menawarkan kepada kerajaan untuk berhak sepenuhnya kepada 'reserve' hydrokarbon di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu . Sekiranya diterima , Petronas tidak akan wujud dan berkembang seperti hari ini. Janji-janji Pakatan Rakyat demi memenangi PRU 13 seolah-olah mahu menjahanamkan segala yang dibina selama ini oleh Barisan Nasional . Sekiranya ini Pakatan Rakyat benar-benar mengambil alih kerajaan dan cuba melaksanakan dasar2 populis mereka tanpa mengambil kira kesan kepada ekonomi negara , tak mustahil perkara yang berlaku di EU (krisis ekonomi Eropah) akan berlaku di Malaysia .

2 comments:

Bagus artikal ni.
Jika kita lihat pada ranking pengeluar minyak dunia,
kita dapati Indonesia berada di tmpt ke-21 berbanding Malaysia (ke-27). RON88 berharga RM1.45 dan RM95 berharga RM3.18 di Indonesia.

(http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?t=0&v=88&l=en)

Memang indon mengeluarkan sebanyak 540000 bpd malaysia 511900 bpd, tapi malaysia jual sebanyak 511900bpd manakala indon takleh jual sebab keperluan dlm negara adalah sebanyak 500000 bpd, jadi indon terpaksa mengimport sebanyak 500000 bpd lagi bg mencukupkan keperluan dlm negaranya, Maka bukanlah pengeksport minyak dia hanyalah pengimport minyak. adalah tidak adil utk mambandingkan harga minyak malaysia dgn indon

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor