Saturday, April 7, 2012

Santai : Amerika 'diserang' dengan pesawat F18 !

Sebuah pesawat pejuang F18 yang dipandu pelatih terhempas di kawasan sub urban Virginia (6th April 2012), meranapkan beberapa buah bangunan bangunan berhampiran. Walau bagaimanapun 2 orang yang berada dalam pesawat sempat menyelamatkan diri apabila menggunakan fungsi 'eject' dalam pesawat .Mereka kemudiannyaa dibawa ke hospital berhampiran.


Mujurlah insiden itu tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa . Dilaporkan hanya 6 orang yang tercedera termasuk pelatih dan tenaga pengajar pesawat itu.  Jet pejuang yang terhempas itu dimiliki VFA's Strike Fighter Squardon 106 , iaitu bahagian latihan pelajar untuk memandu pesawat.  Dari maklumat tentera, pesawat itu terhempas sebaik sahaja berlepas dari pengkalan udara pada pukul 12:05 pm.






Pengajaran dari peristiwa ini ialah kesilapan yang berlaku dalam pasukan sendiri boleh memberi ancaman pada ahli-ahli pasukan yang lain. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara2 seperti ini dari berlaku 'mitigation plan' amat perlu sekali. Ambik satu langkah kehadapaan untuk elak perkara2 seperti ini berlaku , dan jika berlaku juga kita telah ada rancangan untuk menanganinya .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu