Friday, April 13, 2012

Sah !!! Peserta perhimpunan 'Hijau' diperbodohkan oleh 'Saintis nuklear' tiruan Fuziah Salleh (@fuziah99) !

Sesi 'Teh Tarik Bersama YB' di NZ Garden KLCC pada 12/04/2012 agak istimewa kerana tetamu yang hadir bukanlah berstatus YB . Group 'Teh Tarik Bersama YB' kali ini menjemput tetamu dari Lynas Corp untuk menjelaskan perkara2 yang di putar belit oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat demi kepentingan politik mereka . Setelah mendengar penjelasan Managing Director Lynas Corp Malaysia , Datuk Mashal Ahmad aku berpendapat golongan-golongan penentang Lynas adalah bodoh dan bahalol ! Lebih bangsat lagi si bodoh dan bahalol ni semua lebih suka mendengar kata-kata orang yang tiada latarbelakang teknikal berkenaan radioaktif dan nuklear !


Bagi aku penjelasan yang dibuat tadi adalah amat mudah difahami, walau untuk orang yang tiada latar belakang teknikal . Sebagai orang berlatar belakang teknikal aku faham apa yang dimaksudkan oleh Datuk Mashal apabila dikatakan risiko kilang Lynas ni adalah bertahap 'kacang' saja jika dibandingkan dengan kilang-kilang Petrochemical yang lain di sekitar Gebeng . Penjelasan panjang lebar Datuk Mashal dan Dr. Ismail Bahri boleh dilihat dalam video youtube di bawah ini.  Di bawah ini adalah beberapa 'point'  yang perlu kita faham sebelum melompat mengatakan kilang Lynas ini bahaya !

1. Operasi di kilang Lynas tidak melibat proses yang melibatkan tekanan tinggi dan bahan mudah terbakar .

2. Tanah jarang yang dibawa dari Australia tidak dianggap bahan merbahaya jika mengikut kod standard antarabangsa dan tidak diaanggap radioaktif. Namun peraturan yang agak ketat di Malaysia mengklasifikasikan tanah jarang itu sebagai bahan radioaktif.

3. Sisa tanah jarang yang telah diproses juga tidak dianggap merbahaya malah Lynas Corp telah membuat kajian untuk menjadikan sisa itu kepada produk lain yang berguna .

4. Tiada pencemaran air dan udara dari kilang Lynas Corp , hal ini dijamin oleh mereka sendiri malah pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal alam sekitar boleh membuat pemeriksaan apabila kilang ini beroperasi dan boleh menutup kilang ini bila-bila masa sekiranya tidak menepati syarat.

5. Kilang Lynas pernah ditawarkan oleh kerajaan Australia untuk menjalankan operasi mereka di Perth . Beberapa syarikat lain yang memproses nadir bumi juga telah lama beroperasi di Perth iaitu dikawasan yang tinggi kepadatan penduduknya. (sumber) . Contoh syarikat2 ialah Arafura Resources , Global Metals & Mining ,  Greenland Minerals & Energy dsb.

6. Kos operasi di Perth, Australia sangat tinggi kerana proses pengeluaran memerlukan sejumlah air yang sangat banyak dan harga air di Australia sangat mahal , begitu juga dengan kos tenaga kerja tempatan. Untuk menjimatkan kos operasi Lynas telah memilih negara China untuk memproses produk mereka.

7. Namun dasar kerajaan China yang tidak membenarkan eksport produk ke negara lain menyebabkan Lynas memilih untuk beroperasi di Malaysia . Pada mulanya Lynas memohon untuk beroperasi di Terengganu , namun kelulusan dari kerajaan negeri yang agak lambat menyebabkan mereka terpaksa memindahkan operasi di Gebeng kerana perlu mengejar jadual pengeluaran produk untuk memenuhi permintaan pelanggan sedia dalam tempoh 10 tahun .

8. Pemilihan Gebeng sebagai pusat operasi juga adalah berdasarkan faktor bahan atau elemen untuk memproses tanah jarang yang dibawa dari Malaysia itu mudah didapati dan berdekatan .

9. IAEA (Internation Atomic Energy Agency) telah membuat penilaian ke atas operasi kilang Lynas . Maklumat mengenai tahap keselamatan boleh diperoleh dari laman web IAEA di sini . Rujuk muka surat  31 - 35 untuk keterangan lanjut. Secara umumnya , boleh dikatakan operasi kilang Lynas adalah selamat ! Dari mukasurat 33 , pekerja hanya terdedah pada 0.2 mSv setahun .


10. Kebanyakkan negara menghadkan dos pekerja yang terlibat dalam industri radioaktif pada 20mSv setahun secara purata untuk lima tahun (dirujuk daripada ICRP (International Commission on Radiological Protection) & sini. Jelas dos 0.2 mSv setahun adalah amat rendah dibandingkan dengan 20mSv setahun !


11. Selain itu , operasi kilang Lynas secara tak langsung memberi peluang pekerjaan pada orang ramai . Peluang perniagaan kepada pembekal-pembekal bahan untuk operasi kilang juga akan wujud. Pembekal akan menambah pelaburan untuk menyokong operasi kilang Lynas secara tak langsung peluang-peluang pekerjaan yang baru akan muncul .

12. Untuk membuktikan betapa selamatnya kilang Lynas ini , Managing Director dan beberapa orang berjawatan dalam syarikat ini telah memberikan komitmen mereka dengan berpindah ke kawasan berhampiran kilang. Untuk menunjukkaan betapa 'transparet' Lynas dalam menjelaskan isu ini , golongan-golongan penentang ini telah dijemput untuk melawat sendiri kilang Lynas ini dan membawa sendiri cerdik pandai dari kalangan mereka . Namun sehingga kini apa yang mereka lakukan ialah 'hit and run' . Memutar belitkan fakta secara berterusan ! 

1 comments:

Bagi fakta mcm mana pun, geng Pakatan tetap akan putar belit isu!

AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu