Friday, April 27, 2012

Rupa-rupanya kumpulan pemerhati antarabangsa yang dijemput Anwar Ibrahim adalah di kalangan rakan beliau sendiri !!!

Anwar Ibrahim nampaknya cukup cekap memainkan peranan dalam hal-hal mengadu domba ni . Terbaru beliau menjemput beberapa wakil dari negara asing untuk memberi tekanan kepada Putrajaya dalam pelaksanaan proses pilihanraya .Empat orang wakil negara asing yang dijemput ialah Nicholas Xenophon , Mir Hasil Khan Bizenjo, Julian Schmucker , Amando Valdez, and Dr. Nasir Tamara. Berikut adalah latar belakang wakil negara asing yang hadir .


1. Nicholas Xenophon (Senator Bebas , Australia Selatan)
2. Mir Hasil Khan Bizenjo (Senator , Pakistan)
3. Julian Schmucker , (Friedrich Naumann Foundation for Freedom koordinator , Germany)
4. Amando Valdez (Dekan Undang-undang ,University of the East College , Philiphine)
5. Dr. Nasir Tamara ( Pengerusi Indonesian International Scholars Association, Indonesia). 

Kalau dilihat senarai diatas ternyata kelima-lima mereka ini tidak boleh dikatakan mewakili negara masing2. Dalam erti kata yang mudah, boleh dikatakan mereka ini hanya badan bebas yang dianggotai 5 orang dari negara2 yang berbeza. Anwar Ibrahim cuba mewujudkan satu persepsi bahawa seolah-olah yang dijemput ini mewakili suara kerajaan negara masing2 .

Pandangan kumpulan ini terhadap proses pilihanraya di Malaysia juga dijangka bias kerana difahamkan ada anggota dalam kumpulan itu merupakan sahabat kepada Anwar Ibrahim . Nick Xenophon misalnya adalah seorang yang menyokong perkahwinan sesama jenis(sumber) dan beliau juga terkenal dengan sikap anti minyak kelapa sawit dari Malaysia (sumber)


Mir Hasil Khan Bizenjo juga boleh dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana melalui satu laporan yang dibuat oleh International Crisis Group pada 2006 , mengenai krisis yang berlaku Balochistan (sumber), Anwar Ibrahim adalah antara mereka yang tersenarai. Juga secara tak sengaja , aku terpandang satu nama yang cukup familiar iaitu George Soros yang turut berada dalam senarai Executive Committee. 


 Dan mengenai siapa Juliane Schmucker dari Friedrich Naumann Foundation? Ok aku tak berminat nak cari maklumat mengenai siapa Juliane Schumucker ni , tapi pasti ramai yang familiar dengan nama pertubuhan yang diwakilinya iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF) ? Untuk pengetahuan semua , pertubuhan itu adalah pertubuhan pro-Israel yang berpusat di German. Gambar di bawah adalah Anwar bersama Wolfgang Gerhard iaitu Pengerusi FNF yang juga merupakan Timbalan Presiden Liberal International .


Mengenai dekan dari University of East College dari Philipphine , kita dah tau Anwar Ibrahim biasa bagi lecture dengan university2 di Philipphine ni . Malah dia dianugerahkan gelaran Dr dari salah sebuah university di Philipphine. Masa ditangkap dulu pun, Wan Azizah dan Nurul Izzah mengadu domba di Phillipphine, tak mustahil dari situ jalinan terlah dibentuk. 

Mengenai Dr. Nasir Tamara , nama ni dah biasa didengar sejak tahun 1998 lagi masa Anwar dibicarakan. berikut adalah petikan akbar mengenai Nasir Tamara yang menyokong Anwar Ibrahim semasa tahun 1998.


Rupanya2 pemerhati bebas ini semuanya ada hubungan dengan Anwar . Jadi tak boleh dikatakan mereka ini pemerhatia antarabangsa yang bebas kerana jelas sekali setiap seorang pasti akan bias terhadap Anwar Ibrahim . Bagi penyokong2 Pakatan Rakyat yang tidak tahu hal ini , pasti akan berasa bangga dan megah kononnya seluruh dunia menyokong mereka , padahal yang dijemput itu adalah dikalangan rakan-rakan Anwar sendiri ! Rakyat Malaysia harus faham dan jelas tentang perkara ini , portal2 media yang pro-PR cuba menterjemahkan kehadiran kumpulan ini seolah-olah kumpulan bebas antarabangsa yang mengutuk sistem pilihanraya di Malaysia .

2 comments:

Assalam Bro

Kerajaan boleh bertindak dengan tidak memberikan mereka visa lawatan atau blacklistkan nama mereka dalam senarai orang-orang yang tidak boleh masuk ke Malaysia. Peduli apa dengan negara luar sebab kat Amerika dan Europah pun mereka buat benda yang sama... Ada berani?

Sekiranya ini benar bagai yg di kata, kerajaan harus tegas dan pihak berkuasa harus berani bertindak dlm mnghadapi situasi ini, pedulikan dgn laungan2 kerajaan tidak demokratik dari pihak2 pembangkang, yg lebih penting adalah kestabilan negara dari di cemari olih anasir2 jahat!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu