Saturday, April 28, 2012

Peserta Bersih 3.0 Besar Kepala , Kelembutan Polis & FRU ada Hadnya !

Uhuk -uhuk .. pedih dah sakit mata !!! Ini semua si celaka kumpulan Bersih 3.0 yang provok polis dan FRU . Aku cukup kesian dengan abang-abang polis dan FRU kita, dah cukup berlembut mereka dengan puak-puak kurang ajar dari kumpulan Bersih 3.0 . Aku 'follow' perjalanan diaorang dari Old Town Coffee House Brickfields tadi kalau tak silap mereka semua mula berjalan ke arah Central Market dalam pukul 11:30 pagi. Sebelum berjalan tu aku nampak si Nik Nazmi MP Kelana Jaya baikkk punya menghasut ! Pierahhh , kata demonstrasi bukan mewakili mana-mana parti politik konon ! Dah sah-sah aku nampak pada sesetengah peserta Bersih 3.0 punya baju ada cap PKR , PAS dan DAP . Dan ramai pulak unit amal PAS ada disitu . Dah terang lagi bersuluh perhimpunan Bersih 3.0 ini adalah bermotif politik !


Mereka kemudian berarak dari Old Town White Coffee Brickfield menuju ke Sentral Market , pada satu ketika, peserta-peserta Bersih 3.0 ini dihalang oleh polis dalam bentuk rantaian manusia . Sekumpulan polis bergandingan lengan membentuk satu benteng rantaian manusia, jelas kelihatan sikap2 kurang ajar peserta Besih 3.0 yang boleh dikatakan majoritinya dari kalangan bangsa Cina merempuh halangan polis itu . Aku benar-benar berasa sedih polis yang selama ini menjaga keselamatan rakyat diperlakukan sebegitu oleh golongan rakyat yang tak kenal dek untuk ! Aku akan 'upload' videonya kemudian yang menunjukkan sikap paling bangsat oleh sesetengah rakyat negara ini ! Polis tidak langsung bertindak ganas..malah membiarkan diri diperlakukan sebegitu rupa ! Ini adalah peringkat pertama kesabaran polis dimana mereka masih boleh bertolak ansur.


Semasa dalam perjalanan ke Central Market aku tak nampak pulak si Nik Nazmi ikut bersama-sama jalan dengan peserta ? Macam ni ka wakil rakyat ? Rakyat2 'bodo' yang menyokong kempen 'bodo' bersusah payah berjalan ko hilang ke mana ? Bersenang lenang dengan pengangkutan peribadi ? Kebetulan aku nampak juga si Kadiaq 'bow tie' pengkhianat yang hipokrit , berjalan ke Central Market tetapi suddenly di divert pi masuk belah keretapi punya laluan.. malas aku nak follow ,baik aku pi Central Market tengok macam riuh semacam je.. Rupa-rupanya diaorang dah guna stage dekat Central Market untuk pemimpin-pemimpin diaorang berucap , ramai jugak orang kat situ...polis pun ramai , tapi polis 'cool' ja sambil memerhati gelagat2 'sewel' peserta2 Bersih 3.0 ni.


Lepas di Central Market , aku terus menuju ke Bar Council ... di sinilah banyak peristiwa2 menarik berlaku. Aku ada rakaman menarik di sini termasuk kehadiran seorang lelaki tua yang rambutnya 'rebonding' dengan Senator Australia yang menyokong 'same sex marriage' tu .. aku nak tergelak bila dia guna nama Menteri iaitu Datuk Seri Nazri untuk gertak polis supaya bagi mamat Aussie tu masuk kawasan yang ada 'barbwire' . Polis seperti biasa, menolak dengan baik..takde pun tengking2 , tapi cara mamat tu melayan polis sangatlah 'sarcasm' , kalau orang biasa dah habis rambut rebonding mamat tu dikerintingkan ! Ok lah pasal cerita di Bar Council akan aku update kemudian. Untuk tatapan semua, bawah ni adalah gambar mamat rambut rebonding yang aku maksudkan ? Shampoo apa dia pakai ye..? Tak padan dengan 'kertu' isme ... keh keh keh


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu