Sunday, April 22, 2012

Penduduk Selangor bakal minum sumber air yang ada unsur2 radioaktif ?


Selalu mak aku pesan..buat keja jangan bertangguh , aku pulak bertangguh nak post pasal benda ni dekat sebulan jugak lah , yang si Khalid Ibrahim pulak bertangguh dengan projek untuk mengatasi masalah air di Selangor (seperti dalam post aku yang lepas)

Cerita keluar kat Media Selangorku pada 22 March 2012 pasal Khalid Ibrahim nak guna air lombong sebagai sumber alternatif . Tersentak jugak lah .. biar betul ?!  Guna air lombong bagi mengatasi masalah kekurangan air ? Masa aku berkampung dekat satu daerah terpencil di Heglig, Sudan dulu , merasa jugak lah minum air dari kolam takungan semulajadi dan air dari bawah tanah yang diaorang pump. Rasa lain macam, tapi nak 'survive' punya pasal ko telan je la kan? Hehe .. cuma aku pelik, takkan lah kat Malaysia yang kaya ni pun nak dibuat perkara yang sama ?


Statement dari kawan aku , seorang Civil Engineer yang ada 31 years of experience mengenai basis of water resources engineering (sumber), bagi sesuatu kitaran air kawasan tadahan di perlukan (selalunya hutan simpan atau kawasan tadahan hujan yg dikawal spt Ulu Langat), lombong tidak memenuhi kriteria ini dan ianya hanya takungan macam sebuah tangki besar saja. Walaubagaimanapun, sekiranya digariskan dan direkabentuk seperti yang ada di Putrajaya menggunakan 'artificial catchment & wetland' keadaaan mungkin berbeza .

The wetlands perform three vital functions:

Flood Mitigation - It retains and stores storm water and spreads it out over a wide flat area.

Water Filtration - The intercepted urban run-off is filtered through a series of catchment cells, where marsh plants trap sediment and pollutants. Toxic substances such as pesticides, herbicides and metals are removed through complex bacterial and chemical processes. In this way you could say that the wetlands act as the kidneys of Putrajaya.

Habitat Creation - The resulting filtered water becomes a functioning wetland, providing a home to various plants and organisms which form the base of the food chain, sustaining a biodiversity of invertebrates, frogs, reptiles, fish and water birds.

(sumber)

Then it is possible to make use of the Putrajaya Lakes for Water Supply....bukan lombong...

Menurut Khalid, dikatakan ada 17 lombong yang sesuai dijadikan sumber air alternatif . Dari 17 lombong yang ada ni ,mesti lah ada tempat untuk buat rawatan air . Dah ada tempat untuk rawatan air kena ada pipeline untuk salurkan air . Semua ni nak pakai duit jugak .


Kenyataan Khalid mengenai rawatan konvensional yang boleh dilakukan untuk 17 lombong ini yang hanya memerlukan pengedosan minima bagi tawas (alum) dan klorin untuk pembasmian bakteria juga boleh dipersoalkan . Seperti yang dikatakan Khalid, kolam2 takungan ini adalah bekas lombong . Sebagai salah seorang pemimpin yang membantah kilang Lynas di Gebeng , yang kononnya membahayakan keselamatan penduduk sekitar dengan sisa radioaktifnya , tahukah Khalid bahawa dalam bekas2 lombong ini juga terdapat 'amang' atau 'tahi bijih' yang diproses oleh Asian Rare Earth Plant di Bukit Merah untuk menghasilkan produk nadir bumi? dan adakah tiada unsur-unsur logam berat yang ada di dalam bekas2 lombong ini ? Prof Dr. Zaini Ujang dari UTM sendiri mengesahkan hal ini (sumber) , jadi cadangan Khalid Ibrahim seperti memperbodohkan diri sendiri secara terbuka kepada umum .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu