Tuesday, April 17, 2012

PAS Terengganu sokong sumpah laknat !


Dari petikan akhbar pada 13 April 2012 , Pimpinan Pas Terengganu Datuk Abu Bakar Chik bersetuju dengan sumpah laknat yang pernah diguna pakai oleh Saiful Bukhari dan Datuk Seri Najib Razak pada satu ketika dulu. Berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Said yang melabel PAS sebagai parti ajaran sesat , Datuk Abu Bakar Chik menggesa Datuk Ahmad Said supaya melakukan sumpah laknat . Walau bagaimanapun , apa yang disarankan oleh Datuk Ahmad Said ini nampaknya tak selari dengan pendapat pimpinan PAS dan PKR yang lain .



Dalam artikel Malaysiakini pada 29 April 2011 , Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi peringatan supaya tidak mempermainkan sumpah laknat . (sumber) . Dan pelbagai lagi artikel berkaitan yang menunjukkan perbuatan sumpah laknat ni tak boleh dipakai ! Ini terbukti walaupun Saiful Bukhari, Datuk Seri Najib dan Datuk Eskay bersumpah , pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS menidakkan sumpah yang telah dilakukan oleh 3 orang ini . Jadi apa beza sekiranya dengan Datuk Ahmad Said ? Adakah sumpah laknat yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said boleh diterima ?


Hal ini sebenarnya berkaitan dengan manipulasi isu, mungkin kerana merasakan mereka di pihak yang benar maka keberanian untuk mencabar supaya melakukan sumpah laknat itu ada . Walau bagaimanapun secara peribadi, apa yang Datuk Ahmad Said label PAS sebagai parti ajaran sesat ialah mungkin secara perbandingan saja . Ajaran sesat tak beerti sesat dalam agama , boleh juga ditakrifkan sesat dalam memberikan maklumat yang betul , sesat kerana menipu , memfitnah dan sebagainya . Ingat lagi pada satu ketika akhbar Harakah 'menyesatkan' pembacanya apabila menulis satu artikel berkenaan Anwar Ibrahim ?

1 comments:

Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama diantara Parti PAS dengan Parti DAP dalam gabungan pembangkang (Pakatan Rakyat) adalah bercanggah dengan amalan politik Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW. Beliau juga berkata, Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti yang dilakukan PAS ketika ini, sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.


Selain itu, beliau merupakan ahli PAS seumur hidup dan juga Sasterawan Negara menolak kerjasama antara PAS dengan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW. Beliau juga menegaskan yang dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Shahnon merupakan bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan.


Selain itu, beliau juga ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan. Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada tahun 1982 dengan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999. Dalam pada masa yang sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana ingin menjaga hubungan hubungan baik dengan DAP demi mencapai matlamat untuk menawan Putrajaya.


Selain itu, beliau juga mengatakan hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam disebabkan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS. Beliau juga menegaskan yang beliau sendiri tidak faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan professional PAS yang ada dalam parti.


Beliau juga turut mempertikaikan tentang disiplin ilmu seseorang individu yang berada didalam PAS yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesianal PAS pada masa kini. Selain itu, beliau juga mengatakan yang PAS sekarang tidak sama macam dulu dan beliau juga menegsakan yang beliau langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasa PAS selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu