Friday, April 6, 2012

Pak Lebai PAS buat 'havoc' di Ceramah Dr. Hassan Ali di Desa Mentari !

Boleh dikatakan ceramah Dr. Hassan Ali hari ni (05-04-2012) di Desa Mentari, Kelana Jaya mendapat sambutan ramai penduduk setempat walau tempat nak 'parking' kenderaan agak terhad . Ceramah dimulakan oleh Ustaz Hassan Basri , tapi aku tak sempat nak ambik video ceramah sebab datang lewat . Tapi ceramah Ustaz Hassan Basri memang berapi-api , 'confirm' juak2 PAS yang ada kat situ berbulu je ... paling best ada satu pantun penutup Ustaz Hassan Basri , yang sebijik terkena muka si Badrul Amin. Tapi aku lupa daa.. nanti gua update balik apa pantun tu kat sini lepas 'confirm'kan dengan member2 yang ada kat situ.


Masa ceramah Dr. Hassan Ali, ada sorang lebai taksub PAS cuba membuat provokasi dengan menjerit-jerit cuba menjatuhkan kredibiliti Dr. Hassan Ali. Mungkin harapan beliau bila buat perangai macam tu , orang ramai akan ikut sama naik .. tapi ternyata perbuatan si lebai taksub PAS ini hanya memakan diri sendiri bila orang ramai mengeleng kepala dgn sikap kebudak-budakan beliau . Aku bila dengar orang dok jerit2 , peluang keemasan laaa... nak tangkap gambar tak sempat , gua zoom je video , tapi nasib kurang baik nampak bahagian belakang je, he he he ..  masa merakam tu juga aku perasan ada sorang lagi yang macam kena sawan, terjerit-jerit tak tentu pasal, walaupun baik punya 'coverrina' aku yakin dia pun salah sorang penyokong taksub PAS .. tapi tak sempat aku nak rekod perangai macam beruk tu .


Apa pun aku respek dengan geng2 urusetia yang ada kat sana sebab buat tak layan je dengan perangai 2-3 orang hadirin yg macam cacing kepanasan bila Dr. Hassan Ali bercerita tentang kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam PAS akibat mendengar kata bos-bos dari DAP dan PKR . Cuba kalau budak UMNO buat perangai macam tu... memang siap dah kena pukul , kow kow punya, bukan tak pernah jadi... tengok je la insiden yang berlaku di stadium Kuala Selangor , boleh kata ramai jugak di kalangan lobai-lobai serban ketat ni jadi pembelasah .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu