Tuesday, April 10, 2012

Lim Guan Eng 'mengugut' sekolah-sekolah cina ...

Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) mengugut untuk tidak memberikan bantuan kepada mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang sekiranya mereka melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Lim telah membuat kenyataan sedemikian semasa menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada 84 buah sekolah pada 9 April 2012. Kenyataan Lim seolah-olah cuba mengheret sektor pendidikan dalam politik murahan Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi kenyataan itu juga seolah-olah berbaur perkauman seolah-olah menimbulkan prejudis masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu.


Lim Guan Eng harus sedar, sebagai seorang pemimpin beliau seharusnyaa adil kepada semua rakyat samada menyokong atau menentang parti politik yang beliau wakili dalam menyampaikan apa-apa jua bantuan . Contoh terbaik harus diambil daripada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak apabila , wang BR1M diagihkan kepada semua orang tanpa mengambilkira dari latar belakang politik penerima . Penyokong-penyokong Pakatan berkata itu duit rakyat jadi mereka tak perlu malu untuk menerima BR1M , jadi apa pula hak Lim Guan Eng untuk menentukan bantuan harus diberikan kepada siapa kerana sumber pendapatan kerajaaan Pulau Pinang juga boleh dianggap sebagai wang rakyat . Jadi apa bezanya ?

Bahasa Malaysia merupakan antara elemen penting dalam usaha untuk menyatukan kaum di negara ini . Laporan-laporan berita dalam Utusaan Malaysia dan Berita Harian bukan lah politik semata-mata , cuba bandingkan peratusan berita politik dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian berbanding akhbar-akhbar pro-Pakatan yaang lainnya seperti Harakah , Roketkini, Suara Keadilaan dll ? Jadi pelajar-pelajar di SRJKC ini tidaklah terus dimomokkan dengan berita-berita politik dari muka hadapan sampai akhir, selain itu mereka boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Rasmi negara selain mendapatkan input2 serta pengetahuan am.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu