Monday, April 23, 2012

Kesultanan Melayu yang Rebah Dek Penangan dan Hasutan Orang 'Luar'

Tahukah kita, satu ketika dahulu di Sumatera terdapat 4 Kerajaan Kesultanan Melayu , kerajaaan Kesultanan Melayu di Sumatera ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahasa dan dialek yang digunakan. Kerajaan Kesultanan Melayu yang dimaksudkan ialah Kesultanan Deli Darul Maimon , Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Asahan dan Kesultanan Serdang Darul Arif. Amat malang sekali, semua Kerajaan Kesultanan Melayu yang wujud di Sumatera pada satu ketika dahulu telah rebah dek fahaman asing yang dipropagandakan pada rakyat.


Dari blog sejarahkompasiana.com ,selepas perang dunia ke-2, Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur hasil daripada perkembangan sektor perladangan. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Pada ketika itu, keadaan politik Hindia Timur Belanda berada dalam kekacauan dan Soekarno mengambil kesempatan memerdekakan Indonesia . Pengaruh Soekarno pada ketika itu amat kuat di Tanah Jawa,kelekaan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur dengan kemewahan hasil pembangunan ladang-ladang bagi tujuan tanaman menyebabkan mereka tidak menyedari jumlah ’pendatang’ yang bekerja di wilayah kekuasaan mereka telah melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri.  

Timbul juga isu apabila Sultan2 Melayu ini tidak mengiktiraf pendatang2 ini sebagai Melayu kerana amalan mereka dalam agama Islam tidak selari dengan penduduk tempatan . Selain itu pendatang2 juga tidak mengiktiraf Sultan2 Melayu ini sebagai 'Raja/Sultan' di tanah yang mereka duduki. Mungkin kerana terpaksa akibat desakan Belanda , Sultan2 Melayu ini telah menulis surat menyatakan kesetiaan mereka kepada Ratu Belanda , hal yang berlaku ini hampir sama dengan penubuhan Malayan Union di Semenanjung Tanah Melayu apabila Sultan2 Melayu telah dipaksa oleh kerajaan British untuk bersetuju dengan Malayan Union.


Nasionalis2 Indonesia yang didominasi etnik Jawa mengambil kesempatan melabelkan Sultan2 Melayu di Sumatera ini sebagai tali barut penjajah dan majoriti etnik Jawa yang berada di sana telah menyerang dan membakar istana Sultan2 Melayu ini . Mereka juga telah bertindak membunuh, memenggal kepala dan merogol kerabat di Raja Melayu dalam tempoh satu malam saja iaitu pada 3 Mac 1946. Kekejaman ini cuba disembunyikan oleh Nasionalis2 Indonesia dengan mengatakan kejadian itu adalah hasil dari 'revolusi rakyat' . Selepas kejadian itu , ramai etnik Melayu sebolehnya cuba menyembunyikan identiti mereka sebagai orang melayu kerana risau dengan ancaman Nasionalis2 Indonesia ini.

Pada masa kini, etnik Melayu di Sumatera hilang langsung kuasa mereka di bumi sendiri akibat onar yang dilakukan oleh kaum-kaum pendatang dari Tanah Jawa. Hal ini berlaku apabila majoriti mereka yang 'menumpang' untuk mencari rezeki di Sumatera dihasut oleh revolusi yang dimulakan oleh Soekarno untuk membebaskan Indonesia daripada cengkaman Belanda. Kita tidak mahu perkara yang sama berlaku di Semenanjung Tanah Melayu apabila telah ada usaha2 'luar' untuk merebahkan Kesultanan Melayu di sini samada secara kasar atau halus . Warisan yang ada ini perlu kita pertahankan kerana ia melambangkan masyarakat Melayu itu sendiri dan bukan semata-mata individu . Perhatian juga harus diberikan pada tali-tali barut yang bertopengkan dentiti Melayu namun hakikatnya mereka adalah pengkhianat yang paling utama ! Pertahankanlah warisan ini sebelum segala-segalanya terlambat .

1 comments:

Iktibar utk semua..

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu