Tuesday, April 10, 2012

Kerajaan DAP Pulau Pinang 'memperjudikan' nyawa rakyat di Sg. Ara !

Protest penduduk di Desa Ria (Sungai Ara) bersama-sama Sahabat Alam Malaysia kelmarin (9/4/2012) adalah berikutan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalaankan pembangunan di kawasan cerun bukit. Jelas keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil kira faktor keselamatan penduduk sekitar.



Walaupun telah mendapat bantahan sebelum ini daripada penduduk mengenai kebimbangan mereka tentang kemungkinan untuk berlaku hakisan dan tanah runtuh, kerajaan DAP Pulau Pinang tetap memberikaan kelulusan untuk meneruskan projek pembangunan di kawasan cerun bukit itu .

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengklasifikasikan kawasan berbukit di Pulau Pinang terdedah kepada ancaman tanah runtuh . Walau bagaimanapun, kanselor Majlis Perbandaran Pulau Pinang , Dr. Lim Mah Hui telah menyatakan pembangunan berkenaan telah mendapat kelulusan di peringkat negeri . Jadi tindakan menggunakaan kuasa veto kerajaan negeri ini agak mengejutkan kerana sebelum ini , kerajaan DAP Pulau Pinang memukul canang bahawa mereka akan melaksanakan demokrasi di peringkat majlis perbandaran . Sekiranya ini benar2 dilaksanakan hak meluluskaan sesuatu pembangunan masih tertakluk pada budi bicara pihak berkuasa tempatan.

Selain itu , dengan meneruskan pembangunaan di kawasan cerun bukit ini , kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengkhianati janji-janji mereka pada rakyat kononnya akan menyediakaan persekitaran yang sihat dengan memulihara sisa2 alam semulajadi yang masih wujud di Pulau Pinang .

2 comments:

Ya kerajaan DAP bukan sahaja di Pulau Pinang malah di SELURUH MALAYSIA adalah kejam dan racist !
Hapuskan kerajaan KRONI Lim !

Salam sahabat Bidaman
Blog anda telah dipaut di http://suaralensa.blogspot.com
SALAM PERJUANGAN dari SUARA LENSA!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu