Friday, April 6, 2012

Himpunan Jutaan Belia : Pendaftaran gerai jualan dah dibuka, masa untuk buat duit !

Himpunan Jutaan Belia yang akan diadakan di Putrajaya dari 23 - 27 May 2012 bakal mengulang sejarah Himpunan Sejuta Bela pada 2011 , dijangkakan kehadiran pengunjung untuk perhimpunan kali ini lebih besar berbanding tahun sebelumnya .

Seperti tahun yang lepas pelbagai acara-acara menarik telah diadakan, baik dari segi kerjaya, peluang melanjutkan pendidikan, hiburan, pertunjukkan fesyen, pameran dari pelbagai badan kerajaan dan macam-macam lagi. Secara peribadi, aku sendiri pernah menghadiri perhimpunan yang diadakan pada tahun lepas , dan memang 'confirm' tak cukup sehari nak ikut semua 'event' tu (link). Nasihat aku kalau nak lawat semua pameran dan gerai-gerai, elok lah datang pada sebelah pagi.

Bagi para peniaga terutama usahawan-usahawan muda yang nak mempromosikan produk mereka atau yang nak cari sumber pendapatan tambahan boleh lah muat turun borang-borang permohonan dari pautan-pautan di bawah ini .




0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu