Sunday, April 15, 2012

Gempar !!! Gelombang 'Dataran Tahrir' di KL ! Hidup ! Hidup ! Kena ...kencc..

Petang tadi aku baca la si Hishamuddin Rais punya twitter ... dia kata dah serupa Dataran Tahrir kat KL tadi, dibanjiri anak muda . Hehehe ... suspen gak aku, sebab tadi lepas je mangkuk-mangkuk tu nak berarak ke Sogo , aku dah 'chow' .. so tak tau la apa perkembangan selepas tu. Kebetulan pulak tadi ... aku jumpa member kat KL , sembang punya sembang dah sampai pukul 12:30 malam .. Jadi alang2 dah ada kat KL , teringin jugak lah nak tengok Dataran Tharir secara 'live' . Dalam fikiran aku mesti beratus-ratus khemah didirikan .


Jalan kat KL tadi memang 'jammed' walaupun dah lewat malam . Bertambah suspen la aku ! Pusing punya pusing dapat la jugak parking kereta kat satu tempat tu . Sampai je Dataran Merdeka , aku tengok tak ramai sangat orang , ada la couple2 sedang bercengkerama , mat-mat rempits melepak, polis dan petugas2 untuk satu 'event' yang bakal diadakan di Dataran Merdeka 21/4/2012 ni .  Aku dah jadi heran..tadi kata ada khemah ? Aku jalan terusss sampai ke hujung dan barulah nampak kelibat2 budak2 ni . Keh keh keh (pekup mulut ) , muka masing2 macam tension semacam je , khemah tak salah aku ada 4 ke 6 buah . Ada sesetengah tu macam ada raut kekesalan buat kerja bodo ni . Masing2 macam 'blur' je ..ada yang bersembang, hisap rokok, dan berkumpul sesama sendiri . 






Dalam pemimpin-pemimpin PR tengah bersedap-sedap duduk kat rumah , melayan anak bini, menonton TV, tengok wayang layan cerita 'Battleship' , layan internet, facebook, berchatting . Boleh mandi, kencing, berak, makan dengan sempurna dan selesa. Kerja-kerja 'kotor' dilepaskan pada budak2 ni . Tadi masa aku pi tak nampak pulak muka Adam Adli and the geng , depa ada kat mana ? Hanya pecacai-pecacai 'buta' yang menunggu macam orang bodoh . Si penghasut nombor 1 negara Hishamuddin Rais pi mana ? Keh keh keh dah bersedap-sedapan atas tilam lena di ulit mimpi dalam bilik aircon yang nyaman sekali ? 

Jadi nasihat aku pada mahasiswa-mahasiswa dan orang ramai ... jangan lah dijadikan 'lembu pecacai' oleh pemimpin-pemimpin PR . Depa bersedap-sedapan di rumah, melayan hobi masing-masing , anda pulak terpaksa melangut macam orang bodo di Dataran Merdeka ... kalau krisis dalam negara ni dah terdesak macam Mesir aku jamin memang ramai yang berkumpul dan sanggup bersusah berkhemah di sana . Depa ni semua pulak di racun untuk berkhemah di sini sampaiii 28/4/2012 .  Malam yang pertama pun aku tengok masing-masing macam mati kutu je, inikan pulak malam ke-2, ke-3 dan seterusnya.  Jadi hentikan saja diri daripada dijadikan balachi oleh pemimpin2 PR.  Ingat ni.. depa tengah bersenang-lenang sekarang dirumah dikala pecacai2 tengah mati kutu di 'Dataran Tahrir' KL . 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu