Wednesday, April 4, 2012

'Drakula' bersongkok mengganas di Selangor !!!

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor pada satu ketika mendabik dada dengan simpanan tetap RM 1.9 billion dan membandingkan dengan jumlah simpanan tetap semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah iaitu hanya sebanyak RM 500 juta sahaja . Melalui pendedahan video DS Noh Omar di bawah ini jelas lah kenapa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor mempunyai simpanan tetap yang banyak itu ! Rupa-rupanya dalam melaungkan memperjuangkan kebajikan rakyat, mereka dalam masa yang sama menghisap darah rakyat macam Drakula ! Yea lah , kalau sewa-sewa dinaikkan sehingga melebihi 100%  , itu bukan macam Drakula ke ?Kalau macam tu caranya nak mempunyai simpanan tetap yang banyak , awal-awal lagi kerajaan BN dah buat dan pukul canang satu Malaysia , tapi kerana sifat kerajaan BN yang simpati dengan rakyat , sewa-sewa ini dikenakan pada kadar yang sangat minima . Biarlah mempunyai simpanan tetap yang kurang , tetapi nasib rakyat tetap terbela.

Gambar hiasan dan tak ada kena mengena dengan mana2 individu :)

Semasa kerajaan BN memerintah, kompleks kebudayaan negeri Selangor telah dibina untuk menempatkan pejabat persatuan-persatuan belia seluruh Selangor disitu dengan tiada bayaran sewa dikenakan . Namun apabila PR mengambil alih, pada 27 jan 2012 ,sewa telah dikenakan pada persatuan2 belia ini pada kadar RM2000 sebulan ! Dan pada 3 Jan 2012, sewa telah dinaikkan sehingga RM5200 ! Memang dasar penghisap darah.



Kes kedua yang bakal didedahkan lebih banyak lagi selepas ini ialah berkenaan nasib seorang peladang yang menanam nanas iaitu Cikgu Hamzah. Semasa pentadbiran BN, Cikgu Hamzah hanya perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM200 saja . Sebaik saja PR ambil alih kerajaan Selangor, beliau dikenakan sewa sebanyak RM 4000 sebulan iaitu sebanyak 20 kali ganda sewa asal! Memang macam penyamun!

Kes ketiga ialah isu kenaikkan sewa sehingga 100% lot2 kedai di bangunan PKNS. Salah seorang peniaga yang ditemui berkata dahulu. beliau hanya perlu membayar RM4000 saja. Kini dibawah penindasan kerajaan PR Selangor,beliau terpaksa membayar sehingga RM8000 sebulan ! Memang zalim dan sangat hipokrit bila mereka mengaku memperjuangkan nasib rakyat. Padahal dihisapnya darah peniaga2 di PKNS hingga kering!

Kes keempat ialah apabila kerajaan PR Selangor merobohkan asrama Yayasan Selangor untuk menjual tanah dimana tempat asrama itu dibina. Jadi disebabkan tamak dan untuk menunjuk pada rakyat bahawa mereka mampu mempunyai simpanan hingga RM 1.9 billion, asrama yg berkepentingan kepada masyrakat umum dirobohkan.

Kesimpulannya, benarlah seperti apa yang diucap oleh DS Noh Omar dalam video di atas iaitu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang macam Drakula ! Super duper blood SUCKER !!!

3 comments:

SAYA SUDAH FOLLOW BLOG ANDA, SILA FOLLOW BLOG SAYA YE...THANKZ

err.... apa blog hang bro ???

ok dapat dah.. http://lantakpila.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu