Wednesday, April 11, 2012

Dokumentari Khas Pertabalan Agong ke-14 oleh National Geographic

National Geographic akan membuat liputan dan dokumentari khas sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim . Dokumentari yang mendapat kerjasama Filem Nasional Malaysia ini akan disiarkan ke seluruh dunia. National Geographic pernah membuat dokumentari yang serupa semasa pertabalan Yang Dipertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin pada tahun 2007. Untuk siaran dokumentari kali ini, National Geographic akan menumpukan pada aspek keunikan di mana Tuanku Abdul Halim telah dipilih untuk menjadi yang Yang Dipertuan Agong untuk kali kedua . Untuk rekod , Tuanku Abdul Halim pernah dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong pada tahun 1970 semasa baginda berusia 42 tahun , kini pada usia 84 tahun baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke-14.



Menurut satu sumber, perancangan isi kandungan dokumentari lebih menumpukan kepada kisah kehidupan Tuanku Abdul Halim itu sendiri . Juga akan memaparkan kisah semasa Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Dipertuan Agong semasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri , dan kebetulan perlantikan selepas berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969 . Lebih menarik pada tahun 2012 , Tuanku Abdul Halim sekali lagi ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong semasa anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri ketika negara berada dalam pembangunan ekonomi dan modal insan yang sangat pesat. Semoga Tuanku Abdul Halim sentiasa berada dalam kesihatan yang sempurna dalam mengepalai pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ini.



Daulat Tuanku !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu