Wednesday, April 18, 2012

Demo pun agak2 lah , jangan biarkan kawan muallaf anda terumbang ambing !

Maaf ya, ini bukan soal racist .. ini soal sejauh mana keprihatinan orang2 Islam yang lain kepada persekitaran mereka. Bila tengok video di bawah ni pelik pula rasanya . Soalan yang pertama naik dalam kepala aku ialah adakah kesemua yang bersolat dalam video tu beragama Islam ? Cuba perhatikan salah sorang 'makmum' yang pandang belakang ketika bersolat , siap pakai bandana lagi ... isk isk isk . Hancurrr !!! Solat ni dilakukan secara terbuka, semua orang nampak gerak geri dalam solat . Apa pandangan orang2 di sekeliling apabila melihat salah sorang makmum berkelakuan pelik ?


Kalau mualaf pun .. takkan lah punya ramai puak2 PAS yang memperjuangkan Islam tak ajar ? Dari komen2 youtube yang aku tengok , diberitakan budak tu adalah student USM , aktif dalam NGO yang berkaitan kebebasan hak asasi manusia dan banyak persatuan mahasiswa Islam ada bersama dengan dia . Sekiranya benarlah persatuan2 mahasiswa Islam ni bersama-sama dengan pelajar ini , elok lah beri tunjuk ajar kepada dia . Jangan lah sibuk berpolitik saja dan biarkan kawan muallaf anda terumbang-ambing . Nak mansuh PTPTN punya pasal , semuanya asal boleh ja .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor