Thursday, April 12, 2012

Demo Mansuh PTPTN 14/4/2012 di Dataran Merdeka , perlu 'banner' yang sesuai ?

Perhimpunan mansuhkan PTPTN akan diadakan pada hari Sabtu ni (14/4/2012) di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang . Menurut sumber , dijangkakan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' pinjaman akan berhimpun untuk mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN . Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi SMM Safwan Anang dalam sidang media pada 30 March 2012 .


Sekiranya benar sejumlaah 5,000 mahasiswa akan menyertai perhimpunan ini . Aku sebagai ex pemimjam PTPTN menasihatkan mereka supaya berfikir sedalam-dalamnya perkara ini . Sebagai seorang mahasiswa , beban kewangan dalam satu semester pengajian terletak pada 4 perkara berikut iaitu ;

1. Beban yuran pengajian , yuran aktiviti dan buku-buku rujukan

2. Beban pembayaran sewa rumah , atau penginapan dalam tempoh 1 semester pengajian (lebih kurang 4 bulan)

3. Beban kewangan untuk makan dan minum dalam tempoh 1 semester.

4. Beban kewangan untuk pengangkutan dari kediaman ke fakulti dalam tempoh 1 semester

Semasa zaman aku , pinjaman PTPTN adalah lebih kurang RM 8,000 setahun . Setiap semester dapat dalaam RM 4,000. Yuran pengajian yang dikenakan pada masa itu untuk kursus kejuruteraan Mekanikal ialaah RM 876 . Dapat la baki dalam RM 3,124 untuk 'survive' dalam tempoh 4 bulan pengajian (1 semester) untuk sewa rumah , makan dan pengangkutan . Maksudnya dalam tempoh 4 bulan tu , perbelanjaan sebulan mesti dalam sekitar RM 780 .

Masa aku belajar dulu , sewa rumah , bil api , bil air dikongsi secara purata dengan 6 orang . Sewa rumah sebulan dalam RM 700 , bil api dan air lebih kurang RM 100 . Bahagi 6 , lebih kurang RM 133 sorang kena bayar. Jadi dari peruntukkan RM 780 sebulan tu , tolak dengan RM 133 untuk sewa rumah dan bill2 lain baki tinggal RM 647 . Dari segi makan dan minum pulak sehari lebih kurang RM 10 la habis , kalau sebulan dah RM 300 . Jadi baki lepas tolak makan minum untuk sebulan ada dalam RM 347 untuk pengangkutan (taxi, bas, petrol untuk motor dsb)  .  Kalau ada balance lagi .. boleh la pakai duit tu untuk beli buku, photostat dan sebagainya . Budgetary yang aku buat ni tak ambik kira student2 yang terpaksa guna duit utk beli komputer , printer dan lain2 .


Jadi bayangkan.. kalau PTPTN dihapuskan...mungkin pelajar boleh menarik nafas lega sebab tak payah bayar yuran pengajian . Tapi duit sewa rumah, bil api air, makan minum dan pengangkutan untuk ke fakulti/kolej dalam tempoh 1 semester pengajian siapa nak tanggung ? Kerajaan PR nak tanggung ? Come on lah fikir secara logik , berapa IPTA dan IPTS di negara ini , dan dari jumlah IPTA dan IPTS berapa jumlah pelajar . Kerajaan PR boleh tanggung perkara2 yang aku sebutkan tadi ke ? Kalau boleh , tolong print 'banner' di atas ni dan tunjukkan semasa perhimpunan mansuhkan PTPTN tu nanti !

6 comments:

Kalau dah hapus PTPTN, studen IPTA tanggung sndri la yuran pengajian, makan minum, sewa rumah dan lain2 keperluan. Nasib baik anak2 pak cik blajo kat UniKL, dpt loan MARA. Pas tu, cuma bayar 10% je dari jumlah loan kerana dpt CGPA 3.0 ke atas. Bayaran balik pulak RM100 je sebulan...itupun lepas confirm dapat kerja. Kutip aje nama mereka2 yg berdemo, mansuh aje PTPTN mereka tu...biar diorang tanggung sendiri yuran dan perbelanjaan mereka. Baru depa tau langit tu tinggi atau rendah.

Berhimpun laa dan dengar je laa cakap budak yang tak lulus dan dibuang IPTA..nanti kalian pun ikut jadi bangang cam diorang..kalau nak rasa dikejar polis pun leh ikut sama..

Hang xmau PTPTN lantak la kat hang...hang mak pak leh tanggung... aku mak pak aku keja motong getah orang ja. Aku nak mik duit mana p ngaji? Ada mak pak hang nak tanggung aku? Hak aku hangpa xyah dok nafi suh mansuh la bodo...

Yang celaka nya hangpa dah perabih loan tue wat macam2, pastu hangpa nak suh mansuh...Suh bayaq xmau. Xmau payah bayaq kononnya zalim PTPTN.. Masa hangpa minta xpikiaq pulak...pelaq

Ajar mahasiwa lari dari tanggungjawab... Teruk betul Anwar ni...

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

bukan x boleh nk buat demo.. tp cara pun dah nmpak slah.. ak pun x stuju pasal pt mansuh.. tp jgn jadi bodoh itu je... rusuh bgai.. nie yg jadi kalung2 gmbar.. adoi biadap sgt tu bro... otak cmpak mana... ape la.... nie lagi satu politik2..huru hara tul... sbb satu je jadi politik.. kalau stakat join politik nk kutuk sana kutuk snie... baek takyah.. byk sgt dah dosa tambah.. rugi je.. duk umah smayang bca quran lg bgus

Halo Setiap tubuh,

Nama saya adalah Ibu Monica Roland. Saya tinggal di London Inggris dan saya seorang wanita senang hari ini? dan saya mengatakan kepada diri saya bahwa setiap pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi kita miskin, saya akan merujuk setiap orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi saya kebahagiaan bagi saya dan keluarga saya, saya sedang membutuhkan pinjaman sebesar $ 250,000.00 untuk memulai hidup saya seluruh karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak-anak saya bertemu takut orang yang jujur ​​dan ALLAH pemberi pinjaman yang membantu saya dengan pinjaman Dolar AS $ 250.000,00, ia adalah seorang ALLAH takut, jika Anda membutuhkan pinjaman dan Anda akan membayar kembali pinjaman silahkan menghubungi dia katakan padanya bahwa Ibu Monica Roland yang merujuk Anda kepadanya. Hubungi Pak James Tulang melalui email: (bestloansfinance02@gmail.com)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu