Tuesday, April 17, 2012

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya bikin Anwar Ibrahim Panas ?

Seriously..aku betul2 terkejut bila membaca salah satu soalan yang diajukaan dalam Dewan Rakyat kepada Menteri Belia dan Sukan menunjukkan kebodohan yang bersifat melampau oleh orang yang bertanyakan soalan itu. Soalan yang diajukan oleh Gwo-Burne Loh dari Parlimen Kelana Jaya ialah bagaimana untuk memupuk belia kental yang berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun ?

Kalau ditanya soalan ini pada belia-belia, silap haribulan ada yang kena hempuk kepala. Kah kah kah . Soalan yang ditanya oleh Gwo Burne ni menunjukkan seolah-olah kerajaan ni mampu mengawal tingkah laku dan psikologi setiap rakyatnya kalau begitu lebih baik kerajaan buat program khas kepada orang-orang tua yang berusia 60 tahun lebih di negara ini untuk mengekang nafsu mereka melakukaan seks melampau dan meliwat. Dan juga kalau kerajaan boleh mengawal tingkah laku dan psikologi setiap rakyatnya, maka wakil2 rakyat yang ada dalam Dewan Rakyat juga boleh di'program'kan untuk tidak bertanya soalan-soalan bodoh macam tu.


Sebenarnya, kita faham Gwo Burne cuba bersikap 'sarcasm' dalam soalannya kepada Menteri Belia dan Sukan . Jawapan yang bersifat 'bodoh' dan 'sarcasm' juga sepatutnya diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan contohnya untuk melahirkan belia-belia yang kental dalam melawan nafsu seks seorang tua yang berusia 60 tahun ke atas,kerajaan akan mencari mekanisma melalui rujukan dari kes-kes yang sedia ada untuk memberi panduan kepada belia-belia untuk mengelakkan mereka daripada diliwat misalnya tidak memohon pekerjaan sebagai 'coffe boy' kepada seorang pemimpin pembangkang yang sejak dulu lagi popular dengan kes skandal seks dan liwat . Belia - belia juga akan dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan perwatakan baik seseorang itu hatta ia bersarban atau mengajar agama sekali pun !

1 comments:

Inilah tahap mentaliti wakil rakyat Pakatan Haprak...

NURUL IZZAH: ANTARA NOBAT & LAGU P.RAMLEE... Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu