Wednesday, April 11, 2012

ADUN TERATAI DAP, JENICE LEE YING HA 'KHIANATI' RAKYAT ?

ADUN Teratai dari DAP (Jenice Lee Ying Ha) sebelum ini dikatakan mempunyai banyak 'kontroversi-kontroversi' yang boleh bikin hati banyak orang panasss tak kira dari mana-mana kaum samada Melayu, Cina dan India . Tentu kita masih ingat pada satu ketika dahulu , semasa pilihanraya tahun 2008 , Jenice Lee menaburkan janji-janji manis pada pengundi Cina dengan mengatakan sebuah sekolah Cina akan dibina di tapak lapang sasar golf di Pandan Perdana . Diberitakan dari Malaysia Today, Jenice Lee telah membuat jualan kipas kepada orang awam (di mana gambar wajah beliau terpampang dengan manifesto untuk membina sekolah cina) kononnya untuk memperoleh dana bagi pembinaan sekolah Cina.



Namun, janji hanya tinggal janji . Rentetan aduan orang awam yang tidak berpuashati , pegawai khas Datuk Seri Ong Tee Keat , Cindy Leong Siew Kam telah membuat laporan pada SPRM untuk siasatan pada 25 August 2010 . Apa yang menimbulkan persoalan sekarang ialah di manakah perginya wang hasil derma ?


Sikap Jenice Lee yang gemar mengambil kredit atas usaha kumpulan lain juga menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. Melalui laporan Malay Mail bertarikh 4 Ogos 2010 , 'Kelab Pencinta Alam Tasik Pandan Perdana' telah menyatakan kekesalan mereka apabila Jenice Lee dalam sebuah suratkhabar berbahasa Cina mengakui bahawa beliau dengan inisiatif sendiri telah bertanggungjawab menyelenggara dan menaifktaraf taman itu.  Menurut wakil 'Kelab Pencinta Alam Tasik Pandan' mereka ada meminta peruntukkan dari Jenice Lee tetapi mendapat reaksi yang menyedihkan apabila disuruh meminta peruntukkan daripada MP Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat .(sumber)




Satu lagi peristiwa yang benar-benar menyakitkan hati ialah tindakan Jenice Lee mengarahkan MPAJ untuk  merobohkan gerai-gerai penjaja pada Mei 2011. Periuk nasi peniaga-peniaga ini habis ditabur pasir oleh ADUN Teratai ini setelah 12 tahun berniaga di situ tanpa gangguan dari MPAJ. Walau bagaimanapun, difahamkan terdapat banyak gerai-gerai berhadapan dengan pejabat Jenice Lee yang tidak dikenakana tindakaan yang sama . Apakah maksudnya ini ?


Pada pilihanraya tahun 2008 , Jenice Lee pernah berjanji pada penduduk flet 700 Pandan Perdana bahawa beliau akaan membina pagar di kawasan rumah mereka. Jenice berjanji pagar akan dibina untuk mengelakkaan kejadian jenayah sekiranya penduduk mengundi beliau. Namun selepas memenangi pilihanraya, Jenice Lee seolah-olah melupakan janji-janji lama malah tidak pula menjengok keadaan pendududk . (sumber) . Nasib penduduk bertambah malang apabila flet tidak disenggara dengan baik. 


Pada 2 January 2012 , masalah penduduk di Mutiara Court Ampang seolah-olah dipandang ringan oleh Jenice Lee. Penduduk Mutiara Court hidup dalam ketakutan sekarang apabila terdapat rekahah-rekahan pada struktur rumah mereka dan saliran utama juga telah runtuh akibat hakisan. Persatuaan penduduk berpendapat kejadian itu berlaku akibat dari kegagalan MPAJ dalaam menyellengara sistem saliran. Jenice Lee sebagai wakil rakyat tidak cuba untuk mengatasi masalah rakyat malah cuba membebankan rakyat dengan menyuruh mereka mengupah sendiri pakar kejuruteraan untuk mengkaji kejadian hakisan dan retakan yang berlaku itu . Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat Jenice Lee sepatutnya memberi penyelesaian yang lebih berkesan kepada penduduk dan bukannya hanya mengambil jalan mudah !

Tahukah anda , untuk menutup kelemahan beliau sebagai ADUN di kawasannya , Jenice Lee cuba menyibuk dengan isu-isu lain seolah-olah mahu menjadi juara rakyat dan juara kaum Cina . Masih ingatkah lagi peristiwa di mana seorang guru ketua disiplin Melayu yang dituduh mencabul 11 orang pelajar perempuan berbangsa Cina (sumber) ? Jenice Lee ialah orang yang sibuk dalam membela kesemua 11 orang pelajar ini walau beliau sebenarnya tidak ada di tempat kejadian ! Bagaimana beliau boleh mempercayai cakap-cakap 11 orang pelajar ini tanpa bertanya kepada guru-guru dan pengawas-pengawas sekolah yang ada semasa kejadian . Tidak masuk akal sama sekali 'pencabulan' yang dimaksudkan dilakukan secara terbuka, kerana sebagai seorang terpelajar guru disiplin berkenaan sudah tentu tahu akibat dari tindakannya. Ini lah tindakaan puak-puak DAP dari dahulu lagi , permainan mereka sama iaitu cuba mengelirukaan dan membesar-besarkan sesuatu perkara yang mereka rasa boleh beri keuntungan politik pada mereka . Contoh klasik yang lain pemberiaan angpau putih oleh Datuk Ibrahim Ali dan tindakan Datuk Seri Hishamuddin mencium keris.


Kehidupan seorang guru yang dah bertugas selama 23 tahun mendidik anak bangsa telah menjadi haru biru dan penuh tekanan samada dalam bentuk perasaan dan kewangan. Dari cakap-cakap yang aku dengar, guru berkenaan hanya menerima RM200 sahaja akibat digantung dari tugas ! Bayangkan apa yang sedang dihadapi keluarga berkenaan sekarang akibat dari tindakan membuta tuli seorang ADUN DAP dan kebodohan seorang Guru Besar yang hanya tunduk pada tekanan politik murahan !

 Turut dipersoalkan tindakan guru besar sekolah yang membenarkan Jenice Lee menyerbu masuk ke kawasan sekolah untuk 'menyerang' guru disiplin ini. Siapa sebenarnya guru besar di sekolah menengah di Pandan Mewah ini? Kejadian ini berlaku pada 25 Februari 2011 , kalau dilihat pada pelbagai protest terhadap Jenice Lee yang diadakan sebelum ini , nampaknya beliau cuba menanguk di air yang keruh untuk menjadi wira kepada 11 orang pelajar berbangsa Cina ini . Mungkin Jenice Lee sedar sokongaan komuniti Cina terhadap beliau semakin luntur dengan kegagalannya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang baik , jadi mungkin 'penganiayaan' yang beliau lakukan terhadap guru disiplin berkenaan semata-mata untuk meraih kembali sokongan kaum Cina terhadapnya. Berikut adalah 'print screen' dari laman forum yang membincangkan perkara ini semasa kes ini berlaku . Salah seorang forumer yang adiknya bersekolah di situ bercerita tentang hal sebenar yang berlaku , ada beberapa lagi forumer lain turut memberi pendapat . Pelbagai pendapat pro dan kontra boleh dibaca di sini







Pembaca-pembaca sekelian, inilah sikap yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin dari Pakatan Rakyat, jelas sekali apa yang dijanji tidak sama dengan apa yang dilakukan. Banyak kes-kes lain menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat hipokrit dengan segala janji mereka !

3 comments:

yg benar tetap benar..jika guru disiplin itu difitnah oleh budak2 pompuan sekolah tu, suatu hari nnt akan terbukti mrk memang bohsia jahanam! akan jd gro @ pelacur yg hina di mana2 sbb tak makan ajar!! janice & gang dapnya akan melihat gejala pelacuran anak2buahnya ini dgn mata kepala mrk sendiri! jahat sungguh!!

Semua ini Fitnah ....Jenice lee membantu semua rakyat Malaysia semasa beliau YB untuk DUN Teratai.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu