Tuesday, April 24, 2012

Ada lagi satu demo besar-besaran selepas Bersih 3.0 ?

Belum lagi sampai demo Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April  , dah di war-warkan satu lagi demo pada 1 May 2012, iaitu Demo Hari Pekerja. Tak habis-habis nak menyusahkan orang si penganjur demo ni . Sejak dirasakan rakyat menyokong mereka , tak habis2 dengan demo . Produktiviti negara entah ke mana ? Pemerintah negara kerajaan Barisan Nasional , bertungkus lumus untuk memastikan kemasukan pelaburan asing bagi menyediakan peluang pekerjaan pada rakyat dan segala macam bentuk pembangunan , tapi makhluk2 perosak yang kononnya mendakwa diri mereka 'pejuang rakyat' secara berterusan menghasut rakyat dan menimbulkan kekacauan. Secara peribadi aku berpendapat, penghasut-penghasut perhimpunan sebegini yang dicetuskan oleh kem PR cuba mencetuskan kesan 'domino' atau 'gelombang' dengan mengadakan demonstrasi2 secara berturutan.



Walau bagaimanapun kita tahun , gelombang yang pertama iaitu perhimpunan 'mahasiswa' tidak berjaya malah ramai orang awam menyatakan kejijikan mereka dengan tindakan 'mahasiswa' berkemah di situ. Gelombang kedua bakal kita saksikan Sabtu akan datang ini, tapi harus diingat pada Bersih 2.0 , tiada lagi kepincangan terutama dalam kepimpinan PAS yang merupakan nadi penggerak perhimpunan sebegini. Tapi pada hari ini pelbagai masalah telah timbul dan dikalangan ahli2 PAS sendiri merasa tidak berpuas hati dengan sesetengah isu dalam gabungan PR . Apa pun kita tunggu dan lihat samada hal ini dapat di manifestasi dalam perhimpunan Bersih 3.0


Gambar di atas adalah perhimpunan Mayday yang mereka lakukan pada tahun lepas di Maju Junction, tak ramai yang datang, mungkin ramai yang diupah. Tidak kelihatan di situ muka-muka golongan professional. Apa yang mereka lakukan sekarang seolah-olah seperti peribahasa kalah jadi abu menang jadi arang . Akhir tiada yang dapat keuntungan dan kesannya pada majoriti rakyat ! Rakyat Malaysia semua harus bangkit dan menyatakan kebencian anda pada makhluk-makhluk perosak ini . Tunjukkan protes anda pada PRU 13 akan datang , undi BN dan tolak PR. 

1 comments:

Org ramai dah jemu tgk perangai buruk Pakatan...

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu